Rita Rudaini Terima Anugerah Pingat Darjah Kebesaran Perlis Kali Ketiga, Raih Pengiktirafan Atas Bakat & Amal Bakti

Hiburan

Rita Rudaini Terima Anugerah Pingat Darjah Kebesaran Perlis Kali Ketiga, Raih Pengiktirafan Atas Bakat & Amal Bakti

Semalam, pelakon terkenal iaitu Rita Rudaini telah menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis kali ketiga sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.

Pengiktirafan dalam bidang seni dan kerja amal

Memetik laporan Kosmo! Online, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar telah menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaiannya dalam bidang seni terutamanya bidang lakonan dan juga kerja-kerja amal yang dilakukannya sebelum ini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis atas penganugerahan ini.

Suntik semangat untuk terus berkarya

Kata Rita, anugerah tersebut merupakan satu rezeki dan penghormatan yang amat besar bukan hanya untuk dirinya tetapi juga buat anak-anaknya dan semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.

Dalam pada itu, pelakon itu turut berkata, penghargaan itu turut menyuntik semangat dalam dirinya untuk terus berkarya dengan lebih tekun dan berintegriti.

Ini juga sebagai peringatan bahawa setiap usaha yang ikhlas dan jujur akan ada nilainya, tidak kira lambat atau cepat.

rita rudaini

Rita turut berharap agar pengiktirafan itu menjadi inspirasi buat anak seni yang lain agar terus berkarya dengan penuh dedikasi.

Dalam masa yang sama, pelakon itu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Negeri Perlis dan semua pihak yang banyak memberi sokongan sepanjang kerjayanya.

Terima kasih kepada exco kerajaan negei yang terbabit atas pengiktirafan ini. Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti.

 

Tidak terkecuali kepada semua pihak seperti penerbit, pengarah dan penggiat seni yang sentiasa menghargai bakat saya.

 

Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan. Dari dulu sampai sekarang.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

4 months ago

"Patut Jantan-Jantan Macam Ni Tak Boleh Kahwin Lain Selagi..." - Rita Rudaini Kecam Lelaki Culas Bayar Nafkah Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...