Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Seru Orang Ramai Jangan Malu Baca Al-Quran

Rita Rudaini Galak Orang Ramai Jangan Malu Baca Al-Quran

Memberi galakan kepada mereka yang mahu memperbaiki diri ke arah kebaikan, pelakon Rita Rudaini seru orang ramai  supaya tidak malu untuk membaca Al-Quran walaupun mempunyai kekurangan.

Rita Rudaini Galak Orang Ramai Jangan Malu Baca Al-Quran

Kata ibu tunggal itu, rasa malu tidak sepatutnya ditanam dalam diri kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama.

Advertisement

Rita mendedahkan kenyataan itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Advertisement

“Tak apa… Bukan depa yang tolong kita dekat sana nanti. Biaq lah kita macam mana keji, jahat, banyak dosa ka yang penting bila kita dah mula solat, dah mula pegang dan baca Quran bermakna DIA sedang tarik tangan kita ke arah DIA.”

Dalam pada itu, Rita juga tidak ketinggalan memberi galakan supaya mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat selepas solat fardhu.

Rita Rudaini Galak Orang Ramai Jangan Malu Baca Al-Quran

“DIA cakap baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pun DIA dah bagi hadiah, itu pun kita kata tak boleh buat ke? Tak sampai 5 minit kan. Kalau DIA bagi masa kat kita untuk hidup, tak akan kita tak boleh luangkan masa 5 minit baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al-Kahfi?”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pemgikut Rita turut bersetuju dengan ayang yang diperkatakan pelakon tersebut. Malah ada juga yang turut mendoakan agar kehidupan Rita dan anak-anaknya sentiasa terpelihara daripada sebarang bentuk negatif.

Advertisement

Rita Rudaini Galak Orang Ramai Jangan Malu Baca Al-Quran

Terdahulu, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan. Namun ikatan suami isteri yang terjalin antara mereka difahamkan telah terlerai selepas kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top