Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Sedang Dilamun Cinta?

Berikutan dua kali gagal dalam perkahwinan, aktres Rita Rudaini pernah memberikan kenyataan sudah serik dan belum terbuka pinta hati untuk mana-mana lelaki.

Advertisement

Namun menerusi muat naik beliau di Instagram baru-baru ini, Rita nampaknya seakan sedang dilamun cinta dan ada lelaki yang sedang cuba untuk “mencuri” hatinya.

Cinta datang tanpa di undang….ermmm

Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai cik_ala117 di Instagram turut memberi komen yang mengesahkan Rita sememangnya sudah temui cinta baharu.

Ketika portal Sinar Harian bertanyakan perkara berkenaan kepada Rita, beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen buat masa ini dan hanya mendedahkan situasi sebenar apabila tiba masa yang tepat nanti.

Advertisement

Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap.

Itulah kata orang, jodoh dan cinta itu kalau sudah hendak datang kita cuba macam mana pun ia tetap akan hadir dalam hidup kita. Jika benar Rita sudah menemui cinta baharu, kita doakan agar kali ini beliau boleh hidup bahagia bersama sehingga akhir hayat. InshaAllah.

Sumber Berita: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top