Rita Rudaini Sebak Dapat Tahu Rayyan Simpan Foto Bertiga Dalam Dompet, Netizen Tersentuh – “Mommy & Adik Sentiasa Di Hati Dia…”

Hiburan

Rita Rudaini Sebak Dapat Tahu Rayyan Simpan Foto Bertiga Dalam Dompet, Netizen Tersentuh – “Mommy & Adik Sentiasa Di Hati Dia…”

Hantaran dikongsikan pelakon Rita Rudaini menerusi akaun laman sosial Thread telah meriah perhatian dan menyentuh hati ramai.

Menerusi hantaran itu, Rita berkata dia sedang mengemas barang-barang milik anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin dan telah membuka beg dompet remaja berusia 16 tahun tersebut.

Advertisement

Aktres berusia 49 tahun itu tersentuh hati apabila melihat Rayyan meletakkan foto mereka tiga beranak di dalam dompet tersebut termasuklah sekeping gambar ketika dia dan adiknya, Airit Qaqa Arjuna masih kecil.

anak Rita Rudaini letak foto dalam dompet

Hantaran Rita menyentuh hati ramai dan membuat netizen sebak dengan tindakan Rayyan meletakkan foto mereka bertiga di dalam dommpetnya.

Ada yang memberi semangat dan memuji Rita seorang ibu yang kuat dan turut mendoakan agar aktres tersebut dan dua anak lelakinya sentiasa dalam lindunganNya.

Mommy dan adik sentiasa di hati Rayyan…

komen netizen Rita Rudaini komen netizen Rita Rudaini komen netizen Rita Rudaini Rita Rudaini

Rita juga turut berkongsi hantaran yang sama di Instagram dan ramai akui tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kerana membayangkan perngorbanan aktres tersebut terhadap anak-anaknya sejak kecil.

Ada yang gembira melihat Rayyan menghargai wanita yang melahirkannya dan turut berkata bahawa cinta pertama anak lelaki adalah ibu sendiri.

komen netizen IG Rita Rudaini komen netizen IG Rita Rudaini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

"Otak Depa Tak Secanggih Orang Zaman Dulu.." - Rita Rudaini Bersuara Mengenai Isu Di MRSM
2 months ago

"Otak Depa Tak Secanggih Orang Zaman Dulu.." - Rita Rudaini Bersuara Mengenai Isu Di MRSM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...