Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Saman Netizen Biadab Persoal Sah Taraf Anak

rita rudaini saman netizen

Sebelum ini beberapa selebriti telah meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memberikan komen melampau seperti pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tindakan menyaman netizen kurang ajar menghina fizikal rupa anaknya. Kali ini, Rita Rudaini turut melakukan perkara yang sama.

rita rudaini saman netizen

Advertisement

Rita telah membuat laporan polis terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah, mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya.

Laporan polis dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau! Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

rita rudaini saman netizen

Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku.

netizen persoal status sah taraf anak-anak rita rudainiMenurut peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan, tempoh selama 14 hari akan diberikan kepada individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Bawang Goreng

    October 22, 2019 at 10:03 am

    bodo gila gi komen camtu. biadap sungguh! padan muka kauu

  2. nana

    October 22, 2019 at 9:54 am

    polis zmn skrg msti naik pening, asyik dok pk nk settle je kes2 jenayah buli siber artis2. hahah

  3. Anonymous

    October 22, 2019 at 9:50 am

    Padan muka netizen yang suka2 komen tanpa rasa tanggungjawab. Dia ingat orang x kenal boleh buat sesuka hati.

  4. sajat

    October 22, 2019 at 9:43 am

    Lawyer ngancam uolss

  5. mypurplelappy

    October 22, 2019 at 9:31 am

    Mmg patut kena saman.. dia buat tuduhan zina ke apa? Klu dia ni islam x akan berani dia buat comment mcm tu. Hukum tuduh zina tu berat.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top