Rita Rudaini Pertahan Tindakan Siti Nurhaliza Beribadah Tanpa Telekung – “Yang Persoal Tu, Solat Tak?”

Hiburan

Rita Rudaini Pertahan Tindakan Siti Nurhaliza Beribadah Tanpa Telekung – “Yang Persoal Tu, Solat Tak?”

Pelakon Rita Rudaini tampil meluahkan pandangan berhubung perdebatan netizen mengenai isu solat tanpa telekung yang melibatkan biduanita negara, Siti Nurhaliza.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, pakaian yang dikenakan Siti sudah pun menepati syarat sah solat iaitu menutup aurat dengan sempurna.

Advertisement

Rita rudaini

Beliau turut menegaskan bahawa pakaian tersebut sudah memadai untuk menunaikan solat tanpa perlu memakai telekung secara khusus.

“Ada sajalah manusia ni. Yang asyik tanya tu, solat tak? Kalau solat mesti tahu syarat sah solat.”

“Apa saja pakaian yang menutup aurat dengan sempurna adalah sah untuk digunakan ketika solat.”

“Takkan itu pun tidak tahu?”

Dalam masa sama, Rita turut berseloroh mengenai sikap segelintir pihak yang gemar mencari kesalahan orang lain tanpa menilai diri sendiri terlebih dahulu.

Terpalit Isu Solat Tak Pakai Telekung, Siti Nurhaliza Tampil Beri Respon – “Dapat Pahala Tak Kalau Reda?”

“Hidup kalau suka sangat nak cari silap orang sampai lupa tengok diri sendiri dekat cermin.”

Sebelum ini, segelintir pihak mempertikaikan tindakan Siti yang dilihat menunaikan solat tanpa telekung sehingga menjadi topik hangat di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-26 09:58:35

Terpalit Isu Solat Tak Pakai Telekung, Siti Nurhaliza Tampil Beri Respon - "Dapat Pahala Tak Kalau Reda?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...