Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil bersuara selepas tersebar berita mengenai Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilaporkan telah melarikan diri sebaik sahaja mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauan Penyelia tersebut dijangkiti COVID-19.
Menerusi Instagram Strories Rita, beliau mempersoalkan bagaimana ‘orang dalam’ FINAS boleh turut bersekongkol dalam perihal tersebut.
View this post on Instagram
Dedah Rita lagi, terdapat selebrti yang enggan ke hospital dan tidak mahu memakai gelang berwarna merah jambu sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Dengar khabar, ada artis yang taknak pergi hospital dan taknak pakai gelang pink..lari balik KL.. Mana tanggungjawab pada orang keliling? Kat media sosial sibuk pertikai tanggungjawab orang yang UNVACCINATED.
Terdahulu, PPP yang mendapat perakaun khas dari FINAS dilaporkan telah melarikan diri sebaik mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauannya dijangkiti COVID-19.