Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Perjelas Tindakan Mohon Alasan Kukuh Daripada Aidil

Abang Nara pasti ramai yang keliru dengan tindakan Rita Rudaini yang memohon alasan kukuh diceraikan daripada suaminya, Aidil di mahkamah baru-baru ini. Ada sesetengah komentar yang menyatakan kalau nak bercerai, cerai sahajalah. Tak perlu nak minta alasan apa bagai. Semua persoalan anda telah pun dijawab oleh Rita di dalam BiPop semalam.

rita

Advertisement

Berikut ialah soalan dan jawapan yang telah diterbitkan di dalam BiPop semalam:-

BIPOP: Cuba jelaskan apa yang berlaku? Sebelum ini, Rita seolah-olah tidak sanggup meneruskan kehidupan sebagai isteri Aidil, tapi lain pula yang berlaku di Mahkamah Syariah.

RITA: Saya nak perbetulkan kenyataan yang keluar sebelum ini. Mungkin ramai salah faham. Bukan saya tidak mahu bercerai, tapi saya mahu ikut prosedur dan undang-undang Islam yang ditetapkan, barulah boleh melafazkan talak. Ini nak bercerai tapi tiada perbincangan dan alasan kukuh, bagaimana? Sebagai isteri dan wanita, saya mahu mempertahankan hak saya. Saya tidak akan membiarkan suami menceraikan saya sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh. Bercerai tanpa alasan, itu tidak adil buat saya dan anak-anak. Ingin nikah cerai boleh dibuat main-main ke? Bukan senang nak bercerai, kita kena ikut prosedur yang ditetapkan, bukan main tinggalkan begitu, buang macam sampah bila sudah benci. Setiap orang ada maruah dan harga diri, begitu juga saya. Dulu ketika mahu berkahwin pandai memujuk rayu, ajak berkahwin di Songkhla, Thailand, tapi bila tidak mahu campak saya macam tu saja!

Baca entri ini sepenuhnya untuk penjelasan penuh daripada Rita Rudaini:-

P.S: 20 gambar haiwan yang diambil pada detik yang sangat menarik

Advertisement

BIPOP: Ada yang anggap Rita seolah-olah main tarik tali?

RITA: Soal rumah tangga dan maruah, saya tidak sanggup main-main, apatah lagi membabitkan masa depan saya dan anak-anak. Saya malu apabila berita saya enggan bercerai terpampang di dada akhbar. Peminat, saudara mara dan kawan-kawan tidak berhenti bertanya, mereka tidak faham. Saya sudah jelaskan, negara kita ada undang-undang. Kini saya menunggu mahkamah memberi tarikh lain untuk kes yang tertangguh.

BIPOP: Rita masih sayangkan rumah tangga yang hampir berkecai?

RITA: Saya pandang wajah anak-anak Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Qaqa Arjuna, 1. Saya juga kena utamakan perasaan mereka. Kalau ikutkan, hati saya sudah hancur, perasaan saya sudah lama melayang pada suami. Saya semakin tawar hati ketika suami memfailkan perceraian di Seremban Negeri Sembila ketika saya sarat mengandungkan Arjuna tahun lalu. Sampai hati kan? Ketika says sart mengandung, suami nak buang saya dan Rayyan begitu saja dalam hidupnya. Tapi saya terima Aidil semula kerana dia pandai memujuk dan ingin berubah. Saya terima ketika itu apabila terkenangkan Rayyan masih kecil dan anak dalam kandungan. Saya pernah beritahu Aidil, saya sudah tiada perasaan terhadapnya, saya menerimanya kerana anak.

BIPOP: Khabarnya Rita dan suami tidak pernah berbincang sejak suami keluar dari rumah kira-kira empat bulan lalu. Betul ke?

RITA: Ya, suami keluar begitu saja tanpa berbincang apa-apa. Sebagai isteri saya juga nak tahu apa punca saya diceraikan. Suami cakap tidak serasi ketika ditanya di mahkamah, tapi kenapa dia beriya-iya memujuk saya terima dirinya semula tahun lalu? Suami sampaikan terpaksa meminta tolong ibu bapa dan saudara mara untuk memujuk saya. Kami berkahwin bukan setahun, tapi lebih empat tahun. Bagi saya, suami mempermainkan ikatan perkahwinan ini. Saya terima takdir Tuhan, apa yang tertulis. Saya reda, apa yang berlaku sudah diatur Allah. Kes permohonan cerai yang tertangguh, itu juga urusan Allah., bukan saya yang mengaturnya. Kalau datang dengan niat tidak elok, Allah tidak akan mengizinkannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

129 Comments

  1. rhaaa

    May 9, 2012 at 3:54 pm

    mungkin ini balasan atas setiap pbuatan rr n aidil mase lalu…muhasabah diri..percaye setiap yg belaku itu ader hikmahnye..pong pang2 sane sini pun x dok gunenye…malu lg ader..

  2. aq

    May 9, 2012 at 1:35 am

    knp persendakan jodoh yg allah sdh ttpkan kpd hambanya?
    fikir2kan perkahwinan ini 1 amanah dan tggjawab yang allah berikan kpd
    hambanya yg layak……jgn kerana dendam manusia yg cemburu dgn kbhgian kt keluarga kt jd porak peranda…..kesian dgn anak2 yg msh kecil…..diaorg perlukan org tuanya…..kpd yg suka meruntuhkan masjid org……fikir2kan la 1 hari nti allah byr kes atas kesalahan yang telah anda lakukan

    • Anonymous

      May 9, 2012 at 8:08 am

      Say a bersetuju dgn kamu

  3. bunga_larangan

    May 9, 2012 at 12:19 am

    semua orang cuma nampak kesalahan Aidil,tak penah nampak kesalahan Rita..pada saya masing2 ada kesalahan nya sendiri..yang saya pelik Rita tak habis2 “menembak”Aidil dengan kenyataan dia..Rita x perasan ke apa yang dia hamburkan selama ni membuka mata orang melihat kesalahan dia sendiri..

  4. Anonymous

    May 8, 2012 at 9:39 pm

    korang pelik tak?? :

    1) mase kawin x ikut prosedur tak kisah. takde nak melalak. takde nak ckp pasal maruah. sbb kawin best kan? skrg bercerai kemain nk ikut prosedur. pooooodaaaaaa !

    2) selepas sbln aidil tak balik rumah RR kuarkan kenyataan aidil tetap ayah yg baik dan sygkan anak2.

    3) skrg RR kata aidil tak bertanggung jwb, itu la ini laa. RR bukan nk pertahankan hak wanita sgt. tapi nak puaskan hati dan lambatkan proses. dia ingt aidil blh terima ker selepas byk kenyataan burukkan aidil. tapi aidil tak pernah keluarkan kenyataan salahkan RR. aidil cuma kata tak serasi.

    4) Aidil tak kan ckp yg dia sbnr nya takleh hidup dgn RR tanpa restu. mmg RR dan parents aidil ok tapi tak rapat. aidil terasa sgt RR pecahkan rahsia adik kembar die pregnentkan bdk pempuan dulu. mana maruah famili aidil? RR jatuhkan maruah famili mentua. apa2 pun aidil akan pertahankan famili dia. dia anak laki. dah kalau terang2 RR jatuhkan maruah dan seret nama aidil sekali kata budak tu dtg umah mengadu ngn aidil, tak ker org luar percaya cerita tu? kot ye pun nak balas kenyataan adik kembar aidil, jgn lah guna nama aidil. yg tu RR tak sedar. still nak pretend diri tak bersalah.

    5) waktu RR gaduh kat twitter dgn adik aidil, RR kata die taknak balik umah mentua sbb adik aidil tu batu api. TAPI RR ada bgtau die tak gaduh dgn aidil sebelum aidil keluar rumah, tapi RR cuma tegur aidil kenapa tak bwk dia sekali utk majlis harijadi mak aidil kat seremban? eh2.., entah betol ker TIDAK, kalau majlis harijadi mestilah semua anak termasuk adik kembar aidil ada kan. so nak pulak die balik? korang boleh fikir.

    bila terlalu byk keluarkan kenyataan, mcm tu lah jadinya. ada benda yg tak betol. tak byk sikit mesti ada.

    kalau penceraian(takde jodoh) anak2 takde kurang kasih sayang pun. cuba fikir positif. as long as both of them atau siapa pun yg bercerai still jalankan tggjwb kepada anak2 seperti biasa.

    thanks,

    • Anonymous

      May 9, 2012 at 1:14 am

      setuju. Terfikir juga takkan semua ipar-duai, mak pak mertua semuanya hati busuk dan jahat dan rita sorang saje yg baik dan betul. Others can get along with one another, why cant she? Ada bukti ke yg famili aidil bomohkan anak dia sendiri or only hearsay? Sebagai wanita tak setuju dgn cara dia membuat kenyataan di media masa ttg rumahtangga sambil memburukkan suami dan keluarga suami. Tak dengar lagi kenyataan sebelah pihak lagi, jadi sukar sikit nak percaya cerita2 ttg keluarga aidil yg dikatakan jahat itu.

    • paku hijau

      May 9, 2012 at 8:31 am

      engko ni suku sakt aidil kut. pjg beno komen ko

  5. bunga_larangan

    May 8, 2012 at 7:30 pm

    “masa kawen tidak ikut prosedur rita tak komplen,masa cerai tak ikut prosedur kecoh satu malaysia”
    sudah2 la Rita,kurangkan bercakap,makin nampak “keburukan”kau..dalam hal ni sume orang ada buat silap masing2…tak payah sebuk nak cakap suami kau sorang yang salah kau orang yg betul,kau pon penah buat silap jugak dulu…banyakkan bersabar,kurang kan berperang mulut,banyakkan berdoa…

    setuju tak????

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama