Kenyataan itu sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Rita bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama sahaja lagi.
Namun, menerusi satu kenyataan terbaru di portal Utusan Online Rita menafikan perkara berkenaan dan memberitahu buat masa ini beliau belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Saya anggap ini merupakan salah faham semata-mata. Entah saya sendiri pun tak tahu bagaimana isu tersebut boleh timbul tetapi yang boleh dikatakan sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda ke arah itu.
Nak bernikah semula ini kena ada rasa. Masalahnya sampai sekarang hati saya belum terbuka untuk mengenali mana-mana lelaki dan berkahwin. Mungkin belum tiba masa yang sesuai lagi.
Bukan pintu hatinya tertutup untuk berkahwin tetapi fokus Rita kini hanyalah ingin membesarkan kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Setiap hari saya sibuk menguruskan anak-anak bermula pukul 5 pagi. Anak yang sulung sudah darjah satu dan pastinya rutin harian saya juga turut berubah sejak dia mula bersekolah. Saya yang mengurus dan menghantar dia ke sekolah setiap hari. Lepas itu saya di set penggambaran.
Bila masa saya nak berkenalan dengan orang? Kalau ada yang hantar WhatsApp  hari ini, mungkin saya akan balas esok. Habis macam mana? Adakah yang sanggup rapat dengan saya?
Soal jodoh ini kita tidak boleh tahu, mungkin satu hari nanti ada sahaja lelaki yang boleh menyayangi Rita dan anak-anaknya dengan baik. InshaAllah.