Sejak beberapa hari ini, punchline“ Baru pergi toilet pun dah rindu Fattah” trending di media sosial. Itu adalah ayat yang dikatakan oleh Fazura bagi menggambarkan betapa rindunya beliau kepada suami tercinta Fattah. Maklumlah mereka kan baru sahaja bergelar pengantin baru.
Terbaru, timbul pula isu Rita Rudaini didakwa menyindir Fattah dan Fazura dalam sebuah portal akhbar tempatan. Rita juga sebenarnya tidak faham apa yang berlaku pada mulanya kerana tiba-tiba “diserang” oleh peminat FattZura.
Menurut Rita, apa yang diberitahu didalam portal akhbar tersebut hanyalah sekadar perkongsian beliau mengenai kucing kesayangannya Dahlia dan tidak ada sebarang niat untuk memerli Fattah dan Fazura. Rita menerusi akaun Instagramnya turut meluahkan rasa terkilan atas tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya dan turut menafikan akhbar tersebut mahu melaga-lagakan beliau bersama pasangan popular itu.
Bersabarlah Rita, kadang-kadang peminat ini boleh salah faham dan terlalu sensitif dengan perkara yang melibatkan artis kegemaran mereka. Bak kata Fazura, beliau harap peminat jangan terlalu taksub dengan FattZura.