Bengang dikaitkan dengan kisah rumah tangga Izreen Azminda dan baru-baru ini memuat naik foto beliau bertemu dengan Intan Liana, ada segelintir netizen mendakwa aktres Rita Rudaini bermusuhan dengan Izreen.
Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Rita menjelaskan beliau dan ahli keluarga Intan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Mereka bertemu dengan Rita hanya sekadar ingin bertanya tentang urusan mahkamah. Umum mengetahui Rita sebelum ini mempunyai pengalaman dalam memperjuangkan haknya dan anak-anak dan segala urusan berkaitan perceraian.
Roza Saleh, kakak kepada Intan sebelum ini adalah pengurus artis sementara pelakon Nadia Mustafa adalah biras Liana. Seperti saya katakan sebelum ini saya mengenali mereka sejak awal pembabitan dalam bidang lakonan.
Izreen juga kawan dan apabila rakan-rakan datang meminta pandangan dan juga khidmat nasihat sudah tentu saya cuba membantu apa yang termampu. Niat baik saya disalah erti. Saya tidak mahu mencari musuh apatah lagi memburukkan mana-mana pihak. Masalah dihadapi oleh Intan, Ude dan Izreen hanya mereka saja yang tahu.
Rita tidak menyebelahi mana-mana pihak dan sekiranya Izreen yang meminta nasihat beliau turut akan melakukan perkara yang sama sebagai seorang kawan. Dalam pada itu, Rita memberitahu beliau selepas ini sudah tidak mahu lagi memikirkan komen-komen negatif netizen yang dilemparkan kepada dirinya.