September 24th, 2010

rita rudaini

Oh kami ingatkan Rita Rudaini dah pun berbaik dengan keluarga suaminya tapi rupa-rupanya belum lagi. Rasanya semua orang tahu yang perkahwinan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini tidak direstui pada mulanya. Tapi selepas kelahiran anak sulung mereka, mak dan ayah Aidil telah pun melawat cucu mereka.

Inilah kata-kata kakak kepada Aidil:-

[note]Ingin saya jelaskan, selepas Rita melahirkan anak sulungnya, mak dan ayah saya ada melawat cucunya di hospital. Kiranya mereka dah terima Rita dan Aidil. Aidil pun dah balik rumah keluarga kami di Seremban, Negeri Sembilan. Cuma Rita sahaja yang tak pernah nak jumpa kami. Saya pun tak tahu kenapa? Sehingga hari ini kami tertanya-tanya sama ada Rita sudah memaafkan kami atau tidak? [/note]

Dan kakak kepada Aidil menafikan gosip yang menyatakan Rita Rudaini menghalau ibu bapa Aidil sewaktu mereka pergi ke rumah Aidil dan Rita.

[note]Setakat ini, ibu bapa saya belum lagi pergi ke rumah Rita di Kepong, Selangor. Bila masa pula Rita nak halau mereka? Ibu bapa saya cuma berjumpa dengan ibu bapa Rita di kedai makan sahaja sebelum ini untuk berbincang hal keluarga.[/note]

Diharap dengan keluarnya penjelasan dari kakak Aidil ini, akan terbukalah hati Rita untuk berbaik-baik semula dengan keluarga suaminya. Lagipun kita masih di bulan Syawal. Elok sangatlah untuk mengeratkan tali silaturahim yang terputus.

Kami percaya Rita sudah besar dan mampu membuat keputusan yang sewajarnya. Sumber dari Mstar.


Comments are closed.

Loading...