April 30th, 2012

Petang tadi telah berlangsungnya prosiding enceraian Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Ternyata Rita tidak bersetuju dengan permohonan penceraian yang dibuat oleh suaminya dan memohon Aidil memberikan alasan kukuh. Untuk makluman, Aidil dan Rita tidak pernah berbincang secara bersemuka semenjak Aidil keluar daripada rumah 4 bulan yang lalu.

rita rudaini

Berikut ialah kata-kata Rita Rudaini:-

Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu. Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung. Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa

Rita turut berkata yang Aidil merupakan seorang yang tidak berpendirian tetap kerana urusan rumah tangga mereka dicampuri oleh keluarga Aidil.

Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain. Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain

Sementara itu Aidil hanya sempat memberikan kenyataan ringkas seperti di bawah:-

Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.

Prosiding seterusnya akan berlangsung pada 16 Mei ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan mereka. Abang Nara doakan agar semua ini dapat diselesaikan segera dengan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Sumber Mstar Online.


292 responses to “Rita Rudaini Mahukan Aidil Beri Alasan Kukuh Mohon Cerai”

  1. rhaaa says:

    sbb tu ader perkataan klu anon…supaye lelaki2 kt luar sane x yah cr pompan cam rita nie..mulut x pandai jage..aib org semue nk cite..ko ambik la die bt menantu ko anon ek…

  2. […] View the original article here Share and Enjoy: Share this post to your friends! […]

  3. abg T says:

    jgn abaikan anak2 walaupun dah berpisah

  4. annagurl says:

    nak komen sikitlah kat rita…rasanya xpayah nak canang kan pasal awak teraniaya kat paper…awak patut tahu risikonya kawen lelaki lbh muda…nak pulak awak dah ada xperience masa lalu…use ur xperience utk selesai kan benda ni..x payah nak guna anak-anak sebagai ur defence mechanism…ok …

    • Oppssss says:

      Sangat mudah untuk kita berkata-kata kalau benda tidak terjadi kat batang hidung sendiri…. Anak2 mmg dah termasuk dalam isu keluarga dia.. Duit susu anak, duit belanja harian, x campur lagi duit perubatan anak2… Semua tuh tanggungjawab suami…. Pemerhatian saya, kalau ipar duai keluarga yang baik, mereka akan CUBA MENASIHATI Aidil untuk tidak keluar meninggalkan Rita dan anak2 walaupun ada masalah. Ini tidak, siap menolong Aidil mengangkut barang2 keluar dari rumah dan hilang 5bulan. Plus, harus diingat, Rita dan Aidil adalah public figure… Apa yang terjadi, kalau Rita x nak bukak mulut sekalipun, media PASTI akan terus mengasak dan mengasak bertanyakan soalan….. Itu pengalaman dulu sbg ex-reporter….

      ***tak defend Rita atau Aidil.. But nak juga tau alasan Aidil kerana kes ini ‘UNIK’…. ia membabitkan campur tangan ipar duai pihak lelaki….

    • tak kosser nak baca komen hentam orang! says:

      kan… muda ke tua ke, usia bukan alasan… akal fikiran dan kematangan yang perlu dipertikaikan… FIL saya pun lagi muda dpd MIL saya tapi elok je anak2 sume g berjaya n elok, xde masalah pun dgn usia dorg… pk dulu sblm cakap kot cik annagurl… dah pernah rasa asam garam r/tangga ke?

      apa pun, kagum dgn Rita sebab sungguh2 pertahankan rumahtangga & hak anak2. x ramai perempuan yg gigih & tabah mcm ni!

  5. Anonymous says:

    mungkin ni akibatnya kahwin takde restu mak ayah. takkan ke mana..

Loading...