April 30th, 2012

Petang tadi telah berlangsungnya prosiding enceraian Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Ternyata Rita tidak bersetuju dengan permohonan penceraian yang dibuat oleh suaminya dan memohon Aidil memberikan alasan kukuh. Untuk makluman, Aidil dan Rita tidak pernah berbincang secara bersemuka semenjak Aidil keluar daripada rumah 4 bulan yang lalu.

rita rudaini

Berikut ialah kata-kata Rita Rudaini:-

Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu. Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung. Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa

Rita turut berkata yang Aidil merupakan seorang yang tidak berpendirian tetap kerana urusan rumah tangga mereka dicampuri oleh keluarga Aidil.

Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain. Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain

Sementara itu Aidil hanya sempat memberikan kenyataan ringkas seperti di bawah:-

Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.

Prosiding seterusnya akan berlangsung pada 16 Mei ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan mereka. Abang Nara doakan agar semua ini dapat diselesaikan segera dengan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Sumber Mstar Online.


292 responses to “Rita Rudaini Mahukan Aidil Beri Alasan Kukuh Mohon Cerai”

  1. Bunga says:

    Bini boleh di tukar ganti tp mak ayah adik kembar x boleh ditukar ganti.tu lah darah daging.Aidil dgn kembarnya dr dalam perut sedangkan rita yg br muncul dalam idup br 4 tahun mcm tu boleh nk memisahkan hbgn keluarga ni.so pity rita.baru2 boleh lah ko buatkan aidil mcm tu tp dah lama ko sendiri terima akibat nya..

    • Anonymous says:

      ko setuju tak kalo bapak ko pakai prinsip mcm ko ni, mak bapak ko still bersama sebab bapak ko xpakai prinsip bodo ni la, kalau isteri baik macam malaikat pun tapi bila laki dah pakai prinsip macam ko ni, pasti rumahtangga akan berantakan…
      tukar bini atau tidak, hak dia dan anak2 tetap wajib, kalau dah wajib tu xbuat berdosa, adik-beradik pertalian hanya darah tp isteri dan anak lebih berhak, adik-beradik tiada hak langsung atas duit suami hatta untuk belajar pun melainkan abang tu ada duit lebih wajibla dia bantu orang susah dan orang susah tu kenala dahulukan saudara mara terdekat bermula dengan adik-beradikla.

  2. nnn says:

    boooooo aidil boooooo! haish aku pulak sakit hati

  3. huahua says:

    bukan lah nak hentam sesiapa…. tapi kan… kan tak elok aibkan suami… baik buruk dia pun simpanlah dalam selimut sendiri… bila keluarkan semua keburukan suami kan dah tak elok, org kata gitu gini.. buat org tambah dosa aja sebnrnya.. sebaiknya gunakan mahkamah aja dlm soal isu nafkah ni..kane ke boleh je buat aduan.. so biarlah org yg expert bab ni tolong dia.. itu sebaiknya… bukannya buka pekung di dada… da lupa ke kisah abby camane dia ceriat semua perihal norman and memey? amik pengajaran kat situ… bila kita aibkan org, Allah akan balas keaiban itu…..

  4. hehehe says:

    kalo aku jd aidil aku ckp jer apa yg tak puas ati nya…mungkin dia rs tak best kot main gan bini yg dah 30lebih…berbanding main gan budak umur 20an…yg 20 an lbh sedap n lembt dr 30an…apa2 pun penat aku dgn dia org nie…cpt2 la korang cerai ada suami dayus mcm nie pun x gn…bt pe berkahwin tp isteri yg tanggung suami…baik cerai…anak2 biar rr yg jg…aidil ko tak pyh tengok anak pun tak pe kan ke ko satu sen pun tak menangung anak isteri ko tu…mmg mcm sial jer laki jns mcm nie…penakt…

Loading...