Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Luah Rasa Syukur Anak Imamkan Solat Tarawih

rita rudaini anak imamkan solat terawih

Berkongsikan gambar bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih yang pertama pada Ramadan kali ini pada Khamis minggu lalu, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

rita rudaini anak imamkan solat terawih

Rita pada masa yang sama memberitahu anak sulungnya mengimamkan solat sunat tarawih mereka, menjadikan momen di bulan mulia ini lebih manis lagi.

Advertisement

Jika dilihat sebelum ini, aktres itu menerusi akaun Instagramnya begitu rajin memuat naik beberapa aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu yang banyak meluangkan masa dengan mengaji Al-Quran. Bukan itu sahaja, Rita juga dilihat turut menyertai kelas mengaji secara ‘online’ bagi memperbetulkan bacaan tajwidnya agar bacaannya lebih lancar dan sempurna.

Advertisement

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka menyifatkan dia beruntung kerana memiliki zuriat yang minat mempelajari Al-Quran selain berjaya mendidik mereka menjadi anak-anak soleh.

Mereka memuji semangat Rita sebagai seorang ibu tunggal yang begitu tabah dan mampu mendidik anak-anaknya dengan baik,

rita rudaini anak imamkan solat terawih rita rudaini anak imamkan solat terawih

Sejuk mata memandang. Semoga Rita dan anak-anak terus kekal bahagia bersama dan InshAallah Rayyan dan Qaqa akan menjadi seorang insan yang baik dan berguna di masa hadapan. Amin..

Advertisement
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Amor

    April 27, 2020 at 5:38 pm

    Kecoh bnr mak bedah ni.nak membawang je bln puasa.dr mengata elok baca Al-quran dpt pahala.

  2. Amor

    April 27, 2020 at 5:36 pm

    Ape yg kecoh benar mak bedah nk membawang bulan puasa.dari membawang,eLok baca Al-quran ape patut.

  3. Amor

    April 27, 2020 at 5:34 pm

    Bulan puasa tak perlu nak membawang boleh mak bedah?dari duk mengata org,pergi mengaji ker ape patut.

  4. mak bedah

    April 27, 2020 at 3:39 pm

    perlu ke nk cite aduhhhhh dh ko xde suami dh tentu la ank tu imamkan hbs xkn laki org lain plak nk imamkan..cliche sgt cite dia ni nyampah aku..kang kata netizen tak move on psl die dgn ex laki die plak dh tu asek nk heboh cite psl die n ank dia jaa cite nk A++ jerrr ahahahah

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top