Berkongsikan gambar bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih yang pertama pada Ramadan kali ini pada Khamis minggu lalu, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Rita pada masa yang sama memberitahu anak sulungnya mengimamkan solat sunat tarawih mereka, menjadikan momen di bulan mulia ini lebih manis lagi.
Jika dilihat sebelum ini, aktres itu menerusi akaun Instagramnya begitu rajin memuat naik beberapa aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu yang banyak meluangkan masa dengan mengaji Al-Quran. Bukan itu sahaja, Rita juga dilihat turut menyertai kelas mengaji secara ‘online’ bagi memperbetulkan bacaan tajwidnya agar bacaannya lebih lancar dan sempurna.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka menyifatkan dia beruntung kerana memiliki zuriat yang minat mempelajari Al-Quran selain berjaya mendidik mereka menjadi anak-anak soleh.
Mereka memuji semangat Rita sebagai seorang ibu tunggal yang begitu tabah dan mampu mendidik anak-anaknya dengan baik,
Sejuk mata memandang. Semoga Rita dan anak-anak terus kekal bahagia bersama dan InshAallah Rayyan dan Qaqa akan menjadi seorang insan yang baik dan berguna di masa hadapan. Amin..