Rita Rudaini & Lisdawati Kini Berbaik Semula Selepas 7 Tahun

Hiburan

Rita Rudaini & Lisdawati Kini Berbaik Semula Selepas 7 Tahun

Adakah anda masih ingat dengan tragedi yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air pada tahun 2006? Ketika itu telah berlaku insiden tampar menampar dan tarik rambut di dalam kolam renang di antara Rita Rudaini dan Lisdawati.

lisda dan rita

Advertisement

7 tahun telah berlalu, kini Lisdawati dan Rita Rudaini bersetuju untuk berdamai semula. Ini kerana mereka berdua ditawarkan untuk berlakon di dalam drama bersiri Kerana Sarah. Kata Lisdawati:-

Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih ‘senior’ daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu.

rita baru

Rita Rudaini pula mengakui yang hubungannya dengan Lisdawati adalah bersifat profesional. Yang penting mereka berdua bertegur sapa. Cuma tidak berborak panjang sahaja. Kata Rita:-

Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami. Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati. Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum.

Agak pelik juga permintaan terakhir Rita Rudaini itu. Pastinya Rita ada sebab yang tersendiri tidak mahu terjumpa Fauzi Nawawi yang merupakan suami Lisdawati. Apa-apa pun Abang Nara gembira dengan berita ini. Semoga hubungan silaturahim ini akan berkekalan dan tidak akan putus lagi. Info asal Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...