Rita Rudaini Kecil Hati Dengan Izreen, “Siapa Sebenarnya Tikam Belakang?”

Hiburan

Rita Rudaini Kecil Hati Dengan Izreen, “Siapa Sebenarnya Tikam Belakang?”

Sejak berita mengenai Ude Wahid telah memfailkan perceraian dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh setelah beberapa bulan memperisterikan Izreen Azminda sebagai isteri kedua tersebar, Rita Rudaini sebagai kawan baik Izreen turut menerima tempias kecaman Netizen.

Kepada Melodi TV3 yang disiarkan pada Ahad, Rita mendakwa tindakan Izreen menutup ruangan komen dan memadam Instagram serta membiarkan Rita berdepan kecaman menyebabkannya berkecil hati. Kata Rita:

Advertisement

Saya kawan dan baik dengan semua orang. Tetapi saya tak pernah nak campur hal peribadi orang. Saya setakat kawan, bila kau susah, kau cerita kat aku, aku dengar. Kalau nak tanya sampai ke dalam kain tu, tak. Tapi bila dah jadi macam ni, kenapa saya? Dia pun ada kawan-kawan lain juga. Sebab saya janda ke apa?

Jadi macam tak adil bila saya kena kecam, keluarga saya malu, anak-anak pun. Kalau saya kawan dengan seseorang, saya nasihatkan dia jika ada benda yang tak elok, terpulang mereka hendak terima atau tidak. Saya bukan jenis kawan yang biar dan tengok saja apa yang kawan saya buat.

Sebelum benda ini terjadi saya dah cakap, ambil orang punya memang salah. Bagi saya poligami tu tak salah kalau adil, tapi kita buat poligami dan bermadu ni macam jahat sangat.

Kita kena sedar, bila kita menumpang orang punya, kita ambil pula dengan tidak minta izin, kena respek dia (Intan), jangan cakap banyak, diam. Apa-apa jadi pun minta maaf. Itu yang terbaik sebenarnya.

Saya bukan belah mana-mana. Saya pun pernah berada di tempat Intan dulu. Jadi saya rasa bila terjadi benda macam ini, dengan Ude pula tiba=tiba nak ceraikan (Intan), saya memang tak sokonglah.

Mula-mula rahsia tu pecah, saya dah kena kecam. Dia cakap, ‘biarlah.’. Dia tutup komen, dia biarlah. Saya yang kena. Saya sabar, sehingga ke tahap ini bila saya rasa keadaan dah teruk sangat. Selepas itu, dia ada cari saya. Dan saya terus cakap dekat dia apa yang saya tak puas hati. Sebab itu orang kata mulut saya lantang, mulut saya jahat.

Saya rasa lebih baik ada kawan yang cakap depan. Kawan yang cakap belakang tu yang bahaya.

Rita mendakwa dia dipandang semacam dan dijeling oleh orang tidak dikenali sejak berita Ude ingin menceraikan Intan tersebar. Ini menyebabkan Rita tertanya-tanya apa kesalahannya.

Peminat-peminat Izreen yang kata saya tikam belakang, anda salah. Kita yang kena, dan dia biar pula kawan dia kena kecam, sebenarnya siapa yang tikam belakang? Siapa yang lari? Selama ni,kalau saya kena kecam, saya tak pernah tutup komen. Sebab biarlah. Dan saya tak pernah libatkan kawan-kawan saya dan orang sekeliling.

Izreen kenapa tutup Instagram? Kenapa lari? Dari awal lagi. Sekarang saya memang cakap, yang saya kecil hati dengan dia. Memang terasa sangat dan sebagai kawan dia tak patut buat saya macam ini.

Rita juga mendakwa tiada masalah bersemuka dengan Izreen tetapi Izreen tidak lagi menghubunginya setelah berkahwin dengan Ude tanpa sebab yang jelas.

Demikian luahan Rita mengenai sikap Izreen. Penulis juga tidak begitu pasti mengapa pembenci Izreen menjadikan Rita sebagai sasaran, tetapi memang setakat ini apa saja yang terkait dengan Izreen akan menjadi sasaran kecaman termasuk sebuah produksi yang mengambil Izreen berlakon.

Tidak dapat dipastikan sama ada keputusan untuk memadam Instagram ini ialah sesuatu berbentuk kekal buat Izreen yang mengambil pendekatan berdiam diri sejak berita Ude ingin menceraikan Intan menjadi viral.

Sementara itu, Intan pula bagaikan mendapat sinar baru dalam hidupnya. Kisahnya mendorong beberapa pihak membantunya menjadi model tudung untuk kelangsungan hidup, manakala Instagram Intan kini mempunyai 221,000 pengikut. – beautifulnara.com



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

60 Comments

  1. Anonymous

    March 12, 2018 at 8:26 am

    Rita tak salah…kawan macam haram jadah…apa barang kawan gitu ..kawan makan kawan…Pasey nak ambik laki orang Izreen belasah kawan cukup2..habislah kamu izreen..Rita tu cakap yang betul..

  2. Anonymous

    March 12, 2018 at 6:35 am

    Dah lah tak pandai pilih suami… Kawan pun kau tak pandai pilih ye Rita?

  3. Ami

    March 12, 2018 at 1:44 am

    Dok kacau Aqasha dulu takde pun nak fikir perasaan bini dia hmmmmmmm sembang.

    • Anonymous

      March 12, 2018 at 9:19 am

      tu nk promo drama la makcik bawang

  4. Nina

    March 11, 2018 at 9:32 pm

    Eleh masa ko kacau aqasha dulu wartawan tanya ko pun no komen jugak buat2 diam

    • Anonymous

      March 12, 2018 at 8:34 am

      Itulah maksud dia, jgn layan soalan2 media tapi jgn off komen or nyahaktifkan akaun media sosial. Berani buat berani tanggung. Peace.

    • Anonymous

      March 12, 2018 at 9:18 am

      tu nk promo drama la makcik bawang

  5. pelaq la

    March 11, 2018 at 8:50 pm

    senyap lah dua2 ekor mankok hayun ni..