Rita Rudaini Jelas Sambut Halloween Untuk Gembirakan Hati Anak-Anaknya

Hiburan

Rita Rudaini Jelas Sambut Halloween Untuk Gembirakan Hati Anak-Anaknya

Meskipun perayaan Halloween sudah berlalu, pelakon Rita Rudaini masih lagi menerima kecaman kerana membenarkan anak-anaknya menyambut perayaan tersebut termasuk menghiasi rumahnya dengan ukiran labu dan perhiasan seram. Ada yang berkata, mengapa Rita tidak memakai salib terus alang-alang sudah menyambut sesuatu yang diharamkan dalam Islam.

Advertisement

Tidak mahu terus berdiam diri, Rita kali ini tampil menjelaskan mereka menyambut Halloween sekadar suka-suka dan untuk menggembirakan hati anaknya. Malah, Rita turut mempersoalkan beberapa perkara lain yang turut menjadi sambutan rakyat Malaysia sedangkan ia bukanlah budaya Melayu juga.

Jiran-jiran di kawasan perumahan saya setiap tahun buat sambutan Halloween. Tahun lepas, anak-anak saya bersama kawan-kawannya sekadar pergi mendapatkan gula-gula di rumah-rumah yang menyambutnya. Namun, pada tahun ini disebabkan saya tiada penggambaran dan mempunyai kelapangan, saya membuat sedikit dekorasi dan menyediakan gula-gula untuk sekadar bergembira bersama anak-anak dan jiran tetangga. Tiada niat apa-apapun.

Ramai sahaja orang Islam yang memakaikan anak dengan baju cheongsam dan sari untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina serta Deepavali di sekolah. Majlis berinai? Itu budaya kitakah? Sambutan Hari Ibu pula bagaimana? Netizen yang suka mengecam dengan kata-kata yang tidak baik ini saya anggap mereka sebagai tidak normal.

Buat Rita, “haters” cuma ingin meraih perhatian sahaja dan tindakan beliau membidas komen mereka sebelum ini adalah salah satu cara Rita untuk “melayan” perhatian yang mereka inginkan. Sebagai ibu, Rita selalu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya termasuk pendidikan agama.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...