October 4th, 2012

Pasti Rita menjadi orang yang paling tertekan apabila gosip hubungan cinta suaminya, Aidil Zafuan dan Jue semakin serius tersebar baru-baru ini. Namun bagi Rita, dia enggan memikirkan hal ini kerana ianya hanya akan menyerabutkan kepalanya sahaja. Bagi Rita, dia lebih gemar bersikap tunggu dan lihat.

rita rudaini bertudung

Berkata kepada Utusan Malaysia, Rita Rudaini memaklumkan yang ini bukanlah cerita cinta pertama suaminya. Kata Rita:-

Cuma apa yang boleh saya katakan, ‘tunggu dan lihat sajalah’. Ini bukan cerita cinta dia yang pertama. Ada macam-macam lagi sumber sahih yang bercerita kepada saya tentang perempuan itu dan perempuan ini, tetapi saya malas hendak fikir. Buat apa hendak serabutkan kepala memikirkan hal seperti itu? Kalau dia rasa bahagia dengan cara sebegitu, terpulang kepada dia kerana apa yang penting ketika ini ialah saya dan anak-anak bahagia. Itu saja.

rita rudaini bertudung

Dan Abang Nara gembira mendengar yang Rita Rudaini ada memasang impian untuk bertudung suatu hari nanti. Untuk makluman, Rita kelihatan sangat cantik dan ayu apabila bertudung menghadiri sidang kesnya di mahkamahnya.

Saya bukan mahu berlakon atau tunjuk baik dengan tudung. Saya anggap mahkamah tempat yang mulia dan lebih molek kalau kita pakai pakaian yang bersopan. Kalau ada peminat yang suka akan cara saya, saya bersyukur. Apa yang paling penting, kita selesa dengan apa yang kita pakai, bukan dibuat-buat. Hasrat itu memang ada. Cuma, saya akan pastinya bertudung litup apabila saya benar-benar bersedia, luar dan dalam hati. Impian ada. Saya tidak mahu bertudung sebab orang suruh atau sebab keadaan atau hendak menutup sesuatu isu, atau sebab artis lain bertudung maka saya pun perlu bertudung.Saya tak mahu begitu.Biarlah bertudung ikhlas dari dalam hati kita, datang sendiri dan tidak dipaksa oleh keadaan.

Semoga hasrat murni Rita Rudaini ini akan dipercepatkan dan dipermudahkan. Begitu juga dengan kemelut rumahtangga Rita. Kesian sebenarnya melihat apa yang sedang berlaku terhadap dirinya. Namun Abang Nara respek dengan ketabahan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Rita Rudaini ini. Semoga kesabarannya akan berbalas jua satu hari nanti.

P.S: Terowong-terowong menarik di seluruh dunia.


69 responses to “Rita Rudaini Ingin Bertudung, Enggan Ulas Gosip Cinta Jue Aziz Dan Suaminya”

  1. khalis says:

    sebagai wanita Islam, menutup aurat itu adalah suruhan Allah..jgn ada alasan seperti tunggu hati betul2 ikhlas / belum sampai seru / etc..kita kena fikir siapa kita di sisi Nya..Allah yang cipta kita, jadi bukan hak kita untuk berkata sedemikian..

  2. Stop!!!! says:

    Statement mesti ada sikit-sikit nak provokasi walaupun tersembunyi… lepas nie mesti ada yang terasa membalas statement tu plak nnt… Pastu xde penghujung… lalalalalalalalala…..

Loading...