Rita Rudaini Hadir Ke MRSM Sungai Besar, Tunjuk Sokongan Program Khidmat Masyarakat – “Redah Hujan Rahmat..”

Hiburan

Rita Rudaini Hadir Ke MRSM Sungai Besar, Tunjuk Sokongan Program Khidmat Masyarakat – “Redah Hujan Rahmat..”

Keprihatinan terhadap usaha kebajikan yang dilakukan oleh golongan pelajar mendorong pelakon popular, Rita Rudaini untuk sama-sama menyertai program khidmat masyarakat Jalinan Kasih Ramadan BWP X SKP MRSM Sungai Besar yang berlangsung di sekitar Dataran Merdeka, semalam.

Program tersebut melibatkan pelajar Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, termasuk anak sulung Rita, Airit Rayyan. Para pelajar turun ke kawasan sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) bagi mengagihkan makanan untuk berbuka puasa serta bersahur kepada golongan yang memerlukan.

Advertisement

Menurut Rita, kehadirannya dalam program berkenaan adalah sebagai tanda sokongan kepada usaha para pelajar dan guru yang berusaha memupuk sikap prihatin serta semangat membantu masyarakat dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, pengalaman menyertai program tersebut memberikan kenangan manis buat dirinya kerana dapat meluangkan masa bersama para pelajar dalam aktiviti yang penuh makna.

“Semoga menjadi kenangan indah buat saya kerana masa seakan mencemburui kami apabila terasa begitu cepat berlalu ketika melakukan aktiviti ini bersama mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Rita turut merakamkan penghargaan kepada guru yang menjadi penggerak utama program berkenaan, Cikgu Dzulkifli Mahat. Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh guru tersebut memainkan peranan penting dalam membentuk sikap empati dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Dzul yang menganjurkan program CSR ini untuk mendidik anak-anak supaya lebih empati, berani, yakin diri serta mempunyai sifat berkongsi rezeki dengan masyarakat,” katanya.

Tambah Rita lagi, program khidmat masyarakat seperti ini sangat penting dalam membentuk sahsiah serta jati diri generasi muda agar mereka lebih menghargai kehidupan dan memahami nilai kemanusiaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pu syed
2026-03-15 10:36:17

Rancak Buat Video Joget, PU Syed Tegur Para Pendidik - "Baik Rakam Takbir Raya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...