Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Dimasukkan Ke Hospital Kerana Demam Denggi

Bermula dengan sengal-sengal badan dan kesejukan, pelakon Rita Rudaini telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan terletak di Kuala Lumpur akibat demam denggi sejak hari Sabtu lepas.

Rita digegaskan ke hospital pada hari Jumaat lalu dan diminta untuk membuat pemeriksaan darah sebelum disahkan menghidap denggi.

Advertisement

Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad.

Malah, sejak berada didalam wad Rita merasa cukup lemah dan bacaan darah beliau agak rendah.

Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil. Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah.

Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur.

Siapa yang pernah kena demam denggi sahaja yang tahu bagaimana seksanya menanggung kesakitan dan badan terasa amat lemah. Kata orang boleh cuba sup ketam dan air daripada daun buah papaya.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top