Written by AbangNara | February 13th, 2012

Semalam semasa membaca BiPop, Abang Nara sangat tertarik dengan tulisan Raja Nurfatimah Mawar. Tak lain tak bukan tentang kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh Rita Rudaini. Izinkan Abang Nara berkongsi tulisan Raja untuk tatapan anda semua.

rita

Di bawah ialah nukilan Raja BiPop:-

Kasihan mengenangkan nasib aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Beliau seolah-olah digantung tidak bertali suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Sehingga hari ini, masih belum ada kata putus berhubung rumah tangga mereka yang boleh diumpamakan retak menanti belah itu.

Sudah lebih sebulan Aidil meninggalkan Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan, 3 dan Airit Qara Arjuna, 8 bulan. Lebih menyedihkan, Aidil langsung tidak pulang menjenguk anak-anaknya. Memberi nafkah jauh sekali.

Kalau Aidil ingatkan anak-anak, meskipun berdepan dengan gelora tsunami atau lautan api sekalipun, , beliau sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan kerinduan pada anak-anak. Tidak begitu? Tapi, hingga saat dan detik ini, bayangan Aidil langsung tidak nampak, bukan Aidil tidak tahu anak-anak sentiasa berada di rumah.

Satu Malaysia sudah tahu, hubungan Aidil dan Rita sedia keruh atau mungkin tidak dapat diselamatkan lagi tetapi jangan sampai abaikan anak-anak. Kalau sekarang ketika belum bercerai, Aidil sudah pada Rayyan dan Qaqa, apatah lagi kalau ikatan sudah terlerai nanti.

Nasib baik Rayyan dan Qaqa tidak bertanya langsung pasal bapanya. Hmmm, nampak sangat Aidil tidak rapat dengan anak-anaknya. Mungkin kalau sudah berbulan tidak balik rumah, anak-anak pun sudah tidak kenal. Dan Raja nak tanya Aidil, dia tahu ke apa hukumnya jika meninggalkan isteri lebih tiga bulan?

Raja pelik, sebelum ini, Aidil beriya-iya nak buat tuntutan berhubung anak-anak, tapi nasib Rayyan dan Qaqa tidak terbela pun. Sakit pening, susu, makan dan minum pun tidak ambil tahu, macam mana tu? Pening kepala Raja memikirkannya.

Ada beberapa teman Raja sering ternampak Aidil melepak bersama kembarnya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah di USJ, Subang Jaya sampai awal pagi. Amboi seronoknya… Itu yang Aidil mahukan agaknya, menjadi orang bujang dan tidak memikirkan tanggungjawab, jauh sekali memikirkan anak-anak. Raja dengar Aidil juga tinggal bersama Zaquan dan Ayu di USJ.

Ayu pun bukan main lagi, selalu saja kemas kini statusnya menerusi perkhidmatan mesej Blackberry(BBM), makan malam, keluar sana sini bersama Aidil. Tak payahlah membuatkan orang lain makin membenci, sudah-sudahlah menyakitkan hati Rita. Janganlah memporak-perandakah rumah tangga Rita dan Aidil lagi. Nak makan atau tergolek sekalipun, perlu ke beritahu satu dunia?

Yang kasihan adalah Rita, selepas penat mencari rezeki dan bekerja siang dan malam di lokasi penggambaran, beliau terpaksa pula bersengkang mata menjaga anak-anak sendirian. Bukan tak tahu ragam anak-anak yang masih kecil, memang penat dan tidak cukup rehat.

Tapi, hairan juga Aidil dan keluarganya beriya-iya membuat tuntutan terhadap anak-anak. Kalau hari ini pun tak pernah ambil tahu dan tak tahu nak jaga, bagaimana nak jaga anak-anak pada masa depan? Ibu bapa mentua Rita pun tidak pernah bertanya soal cucu, tak pernah hubungi Rita bertanya pasal Rayaan dan Qaqa tapi sibuk rebut cucu!

Raja bukanlah nak salahkan Aidil, tapi Raja rasa tindakan Aidil tidak betul. Walaupun berdepan dengan konflik dalaman dengan Rita, tapi beliau tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Nafkah anak-anak tidak seharusnya diabaikan. Aidil kena ingat, anak-anak adalah saham untuk akhirat.

Soal siapa yang menjadi dalang keretakan dan kehancuran rumah tangga Rita, Raja tidak mahu mengulas. Dulu, ibu bapa Aidil dipersalah, kini kembar Aidil, Zaquan dan isterinya, Ayu pula dituduh menjadi puncanya. Nampaknya semua sengketa bermula daripada keluarga Aidil. Susah nak cakap jika membiarkan orang lain membaut keputusan dalam hidup. Inilah jadinya.

Nasihat Raja kepada Aidil, kalau sudah benci dan tidak boleh memandang muka Rita lagi, lepaskan saja… Rita boleh hidup bahagia bersama dua cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya. Aidil pula carilah kebahagiaan baru, kalau itu yang Aidil inginkan.

Kepada Raja, artikel anda kali ini memang terbaik. Abang Nara respek sangat-sangat. Semoga Aidil membaca artikel anda dan seterusnya terbit rasa keinsafan dalam dirinya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

443 responses to Rita Rudaini Digantung Tak Bertali

  1. Berserah buat masa nih..:D

  2. Farah says:

    si aidil ni mmg dasar bongok. kalo betul fmly dia yg duk racun2 selama ni & dia plak duk serap cm span sume yg org kate, mmg TAK PAYAH JADI LAKI LA! ade bini lawa, 2 org baby comel2 pn msih mcm ni mmg dasar TAKTAU BERSYUKUR & TAK SEDAR DIRI TU PANGKAT SUAMI & BAPA. takpela… sy mmg akan doakan Allah permudahkan prjalanan hidup Rita & anak2, & kalo aidil nk teruskan dgn perlakuan mcm ni biarkan. dia ingt ape yg dia buat skrg ni menguntungkan dia, sbb dia x tau lg ape yg menunggu dia di akhirat. tanggung la dosa mengabaikan ank bini. ko dh perlakukan rita tu mcm tu pn dia msih di sisi ko. org lelaki mcm aidil ni bersepah2 zmn skrg ni. bodoh!

    yg si ayu tu plak, tlg2 la ubah perangai tu sikit. ptutnye ko jd adik ipar perempuan (sort of), ko kasi sokongan moral, bkn lg kasi api2. takde akai ke pompuan?? yg si laki ayu ni pn takde akai. tak reti2 nk nshtkan bini ko spya jgn bperangai mcm bangang ke??? saje je nk goyahkn lg rmhtgga org kan. oh ayu..ayu.. dorg tu kembar, perangai pn entah2 kembar jgk. mgkin sbb tu ayu xde ank smpai skrg. takut kena mcm rita. kesian ko kan.

    MORAL OF THE STORY: TAK PAYAH LA NK KAWIN DGN ARTIS. TAKDE MASA DEPAN LA, BEB!

    • rafiq says:

      saya setuju”RITA pompuan boleh tabah dengan musibah,ko AIDIL harapkan lelaki percaya ckp orang.baik xyah kawen artis larh camtu,wlupon RITA tu sudah berusia 30-an,tapi dier fresh aper lwa agi.

      ayu bongok,ada lelaki xnak jga,aku rasa larh mula 2 fitnah last2 santau plk,apa nk jadi,muka lawa tapi.hati buruk mengalahkan taik sendiri,ingat muka ko lwa dan baik sangat ker,ehr kakak ko lgi cntik larh walaupon lebih berusia dari RITA sikit

  3. Mrs LizLan says:

    Ini masalah rumah tangga orang. Tapi bagusnya Aidil tak menjaja cerita rumah tangga kat wartawan terutama wartawan nama Raja kat BiPop. Untung Rita ada kawan baik wartawan macam tu ya..Teringin juga nak tau apa pula kisah daripada Aidil tentang Rita..tapi sebagai suami, dia tidak menjaja2 cerita isterinya setiap kali ditanya wartawan. Rita ni dah 2 kali kahwin cerai..agak-agak apalah kisah sebenarnya ya..Tapi, ringkasnya..jodoh pertemuan di tangan Allah, semoga kedua-duanya akan dapat pengganti yang lebih baik.

    • perhhhh..bias siot says:

      bias nye ko ni…….bagus ke??? mmg la tak jaja…nt kantoi la fmly dia nye angkara…tu pon ko tk phm2…eh2..pehal lak nk th ttg rita dgn ex-hubby dia..ko kata ni hal umah tngga org.klu nak th sgt..persilakan la g kmpg akbar tu..jgn ko nangis2 lak nt bile dgr(sbb frust..igt dpt burukkan rita)..np eh??? ade mslah ke klu rita baek dgn raja tu??sbb kak raja tu la..aidil yg sengal tu,g jenguk ank dia aetu..tu pon kak raja dh off record cte sbnr..nk harap aidil dtg dgn rela ati..hmmm..mmg tak la..!! jnis buta perut punye org..tu pon ko kate bgs..nampk sgt bias nye…klu ikot nme ko ni..gaye cm prmpuan..so aku tk th la..prmpuan jnis ape ntah ko n..stakat diam..tk jaja cte..dikate bgs..hehe…lawak seyh…dr segi nafkah…tanggungjawab..cmne lak???bgs ke??knp tk komen lak psl tu…???