Mengakui anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna telah dididik untuk berkongsi rezeki pada setiap pagi dengan kucing di jalanan, pelakon Rita Rudaini berpendapat kehadiran kucing dalam kehidupannya untuk menjadi pembawa rezeki.
Menurutnya, kedua-dua anaknya itu diajar melakukan aktiviti tersebut sebelum ke sekolah.
“Setiap hari sebelum pi sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air kat kucing. Didik anak-anak berkongsi rezeki sesama makhluk. Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadang pergi buang tapi datang balik. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan.”
Menerusi sebuah rakaman video rakaman yang dimuat naik kepada umum di laman Instagram miliknya, Rita memperlihatkan anaknya sedang memberi beberapa ekor kucing makan.
Malah, ibu tunggal itu juga tidak ketinggalan mengingatkan orang ramai supaya berbuat baik kepada kucing kerana haiwan itu bukan sahaja hanya membawa rezeki dalam bentuk wang ringgit semata-mata.
“Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa bangga melihat cara Rita mendidik anak. Tidak lupa juga, ramai peminatnya seakan berpendapat bahawa Rita merupakan ibu yang sangat cekal dalam membesarkan kedua-dua anaknya seorang diri.