July 9th, 2020

Mengimbau kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahiran ke-11, pelakon Rita Rudaini berkongsi cerita gembira ketika kelahiran pertamanya oleh semua ahli keluarga termasuklah bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan.

rita rudaini sambut hari lahir anak

Menurutnya lagi, Aidil melayan semua permintaannya termasuk teringin untuk makan dan minum sesuatu sebelum melahirkan Airit.

View this post on Instagram

Buah hati pertama…sentimental value…bila dia lahir,smua org hepi mcm sambut menang peperangan 😂mommy,daddy,maktok,tokwan,paklong,paksu n famili,kak wanie,aunty sis…smua tggu dia lahir…dah dlm labour room tiba2 teringin nk mkn cheese cake n coffee cbtl…dah daddy nya turun beli..mkn mmg xingt dunia mcm lupa nk beranak…tghari dia nak kluar tp xbole sbb mommy xpandai..1st time kann…dah terbelit tali pusat ,doc kena forceps..tp xle jugak..last skali vacum laaa 😂…kluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni 🙄’ ..😂ok lah xkisah..anak kami jugak 😂…alhamdulillah..masa kecik susah nk senyum,pendiam tp fokus dgn apa yg dia buat..ank yg byk tgk susah senang mommy😌airmata mommy..ank yg byk belajar dr kesusahan mommy..ank yg byk faham perasaan mommy…ank yg membesar dgn seribu satu kisah kami😌…xsangka…ank ini ‘di pilih’ utk jd ketua keluarga kami…..AIRIT RAYYAN RIZQIN,moga akhlak mu seindah syurga…besar nnti protect mommy dgn adik ye….jgn main2 ek,sy ada 2 ank lelaki yg strong dr kecik lg he3x 🥰

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Dah dalam labour room tiba-tiba teringin nak makan cheese cake dan coffee. Dah daddy turun beli. Makan memang tak ingat dunia macam lupa nak beranak.”

Rita mendedahkan kisah tersebut kepada umum di laman Instagramnya.

“Kemudian, dah terbelit tali pusat pula dan doktor kena forceps tapi tak boleh juga. Akhir sekali vacum laa dan keluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni?’ Ok lah tak kisah pun sebab nak kami juga.”

Menerusi perkongsian tersebut, Rita memuat naik foto Airit bersama kek dan lilin berbentuk nombor 11 melambangkan usianya. Bahkan, Rita juga bersyukur kerana anaknya itu tetap berada di sisinya ketika susah mahupun senang sempanjang menempuh liku kehidupan.

rita rudaini sambut hari lahir anak

“Besar nanti protect mommy dengan adik ya. Jangan main-main ya saya ada 2 anak lelaki yang strong dari kecil lagi hehe.”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, entri yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai komen murni daripada pengikut Rita. Malah ada juga yang menzahirkan ucapan hari lahir kepada anaknya.

Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan bercerai pada September 2013. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan.


2 responses to “Rita Rudaini Dedah Pengalaman Bersalin Ketika Bersama Bekas Suami”

  1. Aida Musa says:

    Dia betul-betul depress ni, tak boleh move on.

  2. man says:

    Ayooo…sudah2 la dok cerita n nk kaitkan dgn bekas suami. Be expensive please, you are a strong single mother to 2! Be proud dan x pyh langsung nk sebut pasal dia especially to public

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...