Rita Rudaini Dedah Foto Nikah Dalam Gudang Beras Di Thailand

Hiburan

Rita Rudaini Dedah Foto Nikah Dalam Gudang Beras Di Thailand

Buat pertama kali dan secara eksklusif, pelakon Rita Rudaini mendedahkan foto perkahwinannya bersama bekas suami, Aidil Zafuan yang diadakan di sebuah gudang beras di Thailand menerusi buku bertajuk, Kerana Aku Seorang Perempuan yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya.

Advertisement

Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya. Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu. Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid tapi takut ada orang yang kenal.

Namun, Rita sama sekali tidak berniat untuk mengungkit kisah lama ataupun meraih simpati mana-mana pihak. Tujuan beliau hanya satu, iaitu memberikan kekuatan, motivasi serta inspirasi kepada wanita lain diluar sana yang turut mengalami nasib yang sama.

Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya.

Kalau saya jujur orang marah dan kata saya raih simpati, saya tidak raih simpati sesiapa pun. Cuma saya kongsi rasa susah sangat bila ditinggalkan bertiga. Saya rasa sebelah sayap saya patah. Ramai yang tanya saya bagaimana nak jadi kuat, saya tidak mahu cerita banyak kali jadi saya luah semuanya dalam buku ini.

Rita dan Aidil berkahwin secara rahsia di Thailand pada Disember 2008 dan sah bercerai pada  5 September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...