June 22nd, 2020

Walaupun membesar di bawah jagaan Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9 tidak pernah berasa kekurangan kerana memiliki bapa saudara yang mengambil tempat sebagai ‘bapa’ mereka.

‘Pak Long’ dan ‘Pak Su’ mereka langsung tidak lokek dan sering mengambil berat mengenai perkembangan kedua-dua anak Rita Rudaini tersebut meskipun mereka duduk jauh di antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

Harini adalah HARI BAPA….anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg…. Paklong & Paksu…bg mereka itu lah ‘bapa’ …dr kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara…apa yg anak mereka dpt,anak sy pon akan dpt….mana pernah mereka lupa seinci pon anak2 sy……kasih syg mereka tiada sempadan….walaupon mereka hanyalah seorang bapa saudara……budak2 kecik ni akan ingat siapa yg selalu bersama mereka…budak2 akan kasih dan suka org yg kasih kn mereka….Ank2 sy cukup bertuah kerana di kelilingi bapa saudara yg baik dan mengambil berat umpama anak sendiri….walaupon berjauhan tp ank2 sy tetap ingat dan sering ucap rasa rindu klau lama xjumpa…sering sebut klau ada apa2…rasa yg ada dlm diri ank2 terhadap ‘bapa saudara’ dorg ni mmg pure love…senyuman dan mata bahagia dorg dpt sy rasa……wahai ank..ingatlah jasa mereka bila besar nanti…..jagalah mereka spt bapa sendiri….itu pesan sy pd mereka selalu….kasih syg mereka xle di ganti dgn wang ringgit dan harta benda….SELAMAT HARI BAPA kpd paklong @d4nimuz7 & paksu @neves7727 ……ryan & arjuna adalah anak2 yg paling bertuah dpt merasa kasih seorg ayah lebih dr satu …..terima kasih TUHAN…?

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Malahan Rita menyifatkan anak-anaknya cukup bertuah kerana mendapat kasih sayang yang tiada bezanya seperti anak sendiri daripada bapa saudara mereka.

“Apa yang anak mereka dapat, anak saya pun akan dapat. Mana pernah mereka lupa seinci pun anak-anak saya. Kasih sayang mereka tiada sempadan.”

rita rudaini dan anak-anak

Walaupun hanya memegang status sebagai bapa saudara, tetapi Rayyan dan Arjuna mengingati sesiapa yang sentiasa berada bersama mereka semasa kecil. Apabila lama tidak bersua muka, sudah pasti mereka akan meluahkan rasa rindu.

“Rasa yang ada dalam diri anak-anak terhadap bapa saudara mereka ni memang kasih sayang sejati. Senyuman dan mata bahagia mereka dapat saya rasa.”

rita rudaini dan anak-anak

Bahkan Rita sendiri tidak lupa untuk mengingatkan kedua anaknya yang kasih sayang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Kasih sayang yng diberikan oleh bapa saudara mereka seharusnya diingati sampailah dewasa nanti.

Rayyan dan Arjuna dikira beruntung kerana dicurahkan kasih sayang lebih daripada seorang figura ‘ayah’.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...