Rita Rudaini Cabar Jue Aziz Kemuka Bukti

Hiburan

Rita Rudaini Cabar Jue Aziz Kemuka Bukti

Selepas gosip Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta dikeluarkan beberapa minggu lalu, Rita Rudaini hari ini tampil menerusi Harian Metro mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue dan suaminya.

jue aziz rita

Advertisement

Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi Harian Metro baru-baru ini:-

Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota

rita baru

Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz di atas dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. Kata Rita:-

Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

jue

Untuk makluman, Rita sendiri mengetahui tentang gosip ini menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. Kata Rita:-

Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Ada betulnya juga kata-kata Rita Rudaini itu. Mungkin ini adalah salah faham antara mereka berdua. Abang Nara rasa Jue Aziz dan Rita patut bersemuka dan berbincang secara baik-baik mengenai hal ini. Selesaikan secara senyap dan tak perlu berbalas kenyataan di media. Tak gitu? Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...