Written by AbangNara | August 31st, 2012

Selepas gosip Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta dikeluarkan beberapa minggu lalu, Rita Rudaini hari ini tampil menerusi Harian Metro mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue dan suaminya.

jue aziz rita

Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi Harian Metro baru-baru ini:-

Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota

rita baru

Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz di atas dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. Kata Rita:-

Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

jue

Untuk makluman, Rita sendiri mengetahui tentang gosip ini menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. Kata Rita:-

Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Ada betulnya juga kata-kata Rita Rudaini itu. Mungkin ini adalah salah faham antara mereka berdua. Abang Nara rasa Jue Aziz dan Rita patut bersemuka dan berbincang secara baik-baik mengenai hal ini. Selesaikan secara senyap dan tak perlu berbalas kenyataan di media. Tak gitu? Apa kata anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

230 responses to Rita Rudaini Cabar Jue Aziz Kemuka Bukti

  1. Reena says:

    Jue terjue(b*r) dengan statementnya sendiri..c’monlah..kalau nasib dpt laki cam aidil tu, ada masa ke nak amik port bikin kecoh tak tentu pasal sedangkan diri sendiri yg kena bertungkus lumus cari duit sara diri & anak2 yg masih kecik tu? Kalau Rita tu jenis buat hal, takkan la dia masih berlakon sampai skarang, org bagi dia job, jadi cover girl? Cuba kira berapa kali jue jadi cover girl compared dgn Rita? Coverline pun kantoi. Konon kata org industri lebih kenal dan tahu perangai sebenar Rita, tp Jue jgn lupa org sekeliling pun leh tau perangai kau jenis apa..tak yah g jauh la, cara ko posing dgn ako dulu pun jer dah cukup..tak malu!

  2. Anonymous says:

    adoooiiii…xhabeh2 lg kaa…boringnyaaaaaaaaaaaaaa

    • anone says:

      sukati kitorg la nk gosip kt sini ..dh header pon tajuk ni..ko anon kalu boring boleh blah..buka blog agama ke..jgn nk nyibuk2 kt sini..syoh syoh..

  3. cik adik says:

    lepas ni boleh tengok orang-orang kat bawah ni MENANGIS terbahak-bahak sebab baca kutukan dari pembaca beautipunara.

    1. Jue Aziz
    2. Ayu Raudhah & Suami
    3. Azhar <—– sapa ek?? mcm Aidil jer ooOooppss !!! (Abg Nara jer tau sbb ada email address….kikikikikikiki)
    4. Mak Pak Aidil sbb kes anak dia tak habis-habis… sian, sian….

    stop korang komen kat sini… topik ni dah basi… banyak lagi isu hangat especially Abby yg tak berapa faham statement Ustaz Asri. Ada baiknya Abby belajar mendalami Agama Islam dengan rendah hati supaya ilmu yang masuk betul betul memberi kesan… bukannya bersuara lantang lagak pandai tapi kosong..

    mcm HERO pulak bila org menulis tentang Cik Abby… aktiviti seni dah suam kuku tapi kontroversi lebih !!

    • awan nona says:

      aku sokong nme AZHAR masuk carta. (azhar,tahniah.nma anda berjaya terpahat dlm carta choiiiiiii di atas!!:p

      • cik adik says:

        awan nona : lepas ni kan, kita suruh abang nara menulis citer pasal abang azhar pulak… syok pulak nak tau perkembangan terbaru kikikikiki,,, i lov u azhar kah kah kah

  4. chin peng says:

    muka ni lagi. kesian. sampai ke tua esok la gosip tak berhenti, dok jaja cerita.

  5. rabeah says:

    Rita…I am your great fan…..x payah bising2 pasal aidil dan jue ni…to aidil…just tell him good riddance to bad garbage n to jue kata je….they really deserve each other…rita just focus on your pending divorce and your children….don’t waste your time on them….semoga you dapat terbaik…insyaAllah.

  6. wuah says:

    tu arrr.. lain kali suami mintak lolipop, buat jerr… jangan banyak alasan… nie dah ada yang nak buat faveret suami… dah suami happy gadoh plak…

  7. jue aziz fan club says:

    jue aziz mintak bukti kat rita rudaini sbb sebarkan pasal gosip..
    rita rudaini mintak bukti balik kat jue aziz sbb knp tuduh dia yg sebarkan…
    coming soon:
    aidil mintak bukti pulak kt rita rudaini sebab mintak bukti kt jue aziz(since awek dia)
    ayu raudh plak mintk bukti kt laki dia since masing2 mntk bukti kt jue aziz
    mak bapak jue aziz plak mintk bukti kt laki ayu raudh sbb mntk bukti kt jue aziz
    k raja gopal pulak mntk bukti sbb ap kalah lwn vietnm..
    apa kata anda?

  8. Lolo says:

    Mcm2….tapi tu la hakikatnya.. Hati prempuan kalu berkali2 dikecewakan, oleh org yg sama pulak tu mesti la hatinya jadi keras…n bila da keras tu mmg susah nk lembut balik.. Kalu ikotkn rita mmg org yg tabah… Aidil terlalu kebudakan dan x matang… Sekejap nk cerai skejap xnak… Ingat nikah cerai ni mcm sepak bola n dapat balik ke…skali dah ckap cerai tu dah jtuh talak….kalu si aidil terus mcm ni, dia x layak ada isteri…

  9. kenyataan says:

    lelaki kalau buat salah mana nak mengaku. tak pernah cukup satu. lagi lagi ada wanita lain yg datang menggoda lagilah dia ingin mencuba. sedangkan si isteri lebih lawa pun peduli apa dah lelaki. tanda hargai dan perasaan malu tu dah tiada. artis sekarang pun peduli apa laki orang pun dirampasnya janji lelaki tu berduit dimata semua orang. takpa rita. ada insan yg lebih baik yg awk akan temui nanti. kak rita masih cantik. lebih cantik dari jue. dnt worry.

  10. Anonymous says:

    juebowr aziz ke?? tak hairanlah…

  11. watcha! says:

    ppuan cantik mcm RR kalau dia mau yg vvvip dia blh pilih sbgi suami.tapi dia pilih utk kwen ngn si aidil pmain bola sepak kbgsaaan yg x sberapa(yg ingat dia staraf david b tu..porahhh!). bini sndiri dh cukup baik & cantik mlh dhpun melahirkan zuriat utk dia tapi dipersia-siakan,pula tu bpeleseran ngn btino cm si JA. alahaiii… ko saje nk taste si JA tu ke aidil? dh gersang sgt ek??