Bermula dengan komen Rita Rudaini di Instagram yang memanggil pengacara HLive, Donna Muslim sebagai “boyfriendâ€, ramai yang menyangka bahawa mereka berdua sedang bercinta.
Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Donna sering berkunjung ke restoran milik Rita iaitu Rumah Kueh dan mereka berdua kelihatan begitu mesra sekali.
Namun, menurut Donna, beliau dan Rita tidak lebih daripada seorang sahabat. Donna akui beliau cukup selesa berkawan dengan Rita yang beliau kenali sejak tahun lepas lagi.
Kami berdua hanya berkawan sahaja, namun di antara rakan-rakan artis yang saya kenali, saya selesa bersama Rita kerana dia banyak membimbing saya. Dan perkara itu juga membuatkan saya respek kepadanya.
Saya kenal Rita sejak tahun lalu lagi dan mula selesa berkawan sejak saya terbitkan program LePaknil. Pada ketika itu Rita merupakan artis undangan bagi program tersebut.
Ditanya mengenai penggilan “boyfriend†oleh Rita, Donna bagaimanapun tidak mengambil serius perkara berkenaan dan sedar Rita sekadar bergurau sahaja.
Saya tak anggap itu sebagai satu perkara yang serius, mungkin Rita bergurau sahaja. Sejujurnya Rita ini orangnya susah nak berkawan dengan lelaki, jadi apabila dia panggil saya macam itu, maknanya saya adalah kawan lelakinya.
Bukan mudah hendak tawan hati Rita Rudaini yang sudah terluka kerana lelaki bukan? Maknanya Donna memang pandai mengambil hati Rita sehingga mereka agak rapat. Â Ramai juga yang ingin melihat mereka bercinta.