erkejut dengan keputusan untuk meneruskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), pelakon Rita Rudaini berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak relevan.
Rita, yang berusia 48 tahun dan nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, yang menentang keputusan tersebut, menyatakan bahawa kualiti pelajar pada masa kini semakin menurun.
UPSR, PT3 tiada? Bagi sifir, bendera-bendera negeri dan tanya mengenai negeri pasti tak tahu jawab.
Silibus mengarut, sekolah rendah pun dah macam pelajar kolej. Budak-budak sekarang makin menjadi pemalas dan tiada kualiti. Kena ambil tuisyen, tambah balik ilmu bagi celik. Bukannya murah.
Dia dalam pada itu turut memberi contoh apabila anak murid tidak menunjukkan kecemerlangan dalam pendidikan, ibu bapa dan guru-guru turut menerima tempias yang sama.
Bila anak-anak lemah, ibu bapa salahkan cikgu dan cikgu salahkan ibu bapa pula.
Hujung-hujung ibu bapa dan cikgu-cikgu yang stress. Merepek sangat. Nasib baik zaman saya dulu belajar pun seronok tiada stress. Tidur pun senyum.