Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Akui Terkejut Luahan Bekas Suami & Bertindak Cerita Semuanya

Tadi kita dapat lihat respon Aidil Zafuan terhadap dakwaan yang mengatakan dia tidak memberikan nafkah kepada dua orang anaknya beserta bukti pembayaran, kali ini respon balas dari bekas isterinya Rita Rudaini pula.

Advertisement

Rita Rudaini dalam Instagram story miliknya itu menjelaskan yang dia tidak pernah cakap Aidil tak bayar nafkah kepada anak-anak mereka tetapi jumlah nafkah yang diberikan itu dilihat masih sama sejak anak umur 1 tahun hingga sekarang yang sudah besar.

Selama ni semua orang tahu keputusan nafkah untuk umur anak 1 dan 3 tahun, itulah duitnya pembelajaan susu dan pampers. Sekarang tahun berapa ya? Owh 2021 tapi amaun yang sama.

Dari dulu tiada duit untuk baju raya, tiada baju raya, tiada duit lain-lain, tiada duit taska, tiada duit sekolah, ke tak tahu anak dah sekolah mungkin. – Soal Rita.

Banyak perkara yang dibangkitkan Rita Rudaini termasuk mengingatkan bekas suaminya belum kena hukum Allah.

Advertisement

Bagaimanapun, Rita sempat mengucapkan rasa syukur kerana pada tahun 2013 telah menerima nafkah keperluan anak-anak sebanyak RM3,000 yang pada ketika itu berumur 1 dan 3 tahun. Tapi untuk taun 2021 Rita sekali lagi berteka-teki.

Rita yang mengakui terkejut membaca luahan bekas suaminya itu terpaksa bersuara walaupun selama ini banyak berdiam dan menguruskan semuanya sendiri.

Semoga masalah yang berlaku antara Rita Rudaini dan Aidil dapat diselesaikan dengan baik.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. tecit

    January 26, 2021 at 11:46 am

    org dulu2 cerai hidup xjmpe ank2 logic jugak la sbb dulu2 ade tepon rumah je. tepon hp mane ade. skg budak kecik2 skolah pon dah boleh ade hp. yg aku pelik kenapelaaa suke sgt pisahkan/jauhkan anak2 dgn abah dorg. tu drh daging die kott. buang jela ego tu pegi bwk jmpe ank2 tiri tu. nt kt syurga kaki laki kau sebelah dah masuk sebelah lg kene tarik dgn kau. sbb yg kt syurga tu ank2 tiri kau.

    semoga kau sedo diri. *to whom it may concern.

  2. proudmom

    January 25, 2021 at 7:16 pm

    dah byk tahun bercerai pun timbul issue lagi. dah dah la tu. bekas laki pun bagi nafkah banyak dah tu. kalau nak bela anak, jangan berkira. hal laki bagi nafkah atau tidak lantak dia la. esok2 pepandai la dia jwb. janji kita jalankan tanggungjawab kita walaupun kena work hard utk kids. saya ni lepas bercerai nafkah anak rm300 sampai skrg. dah 7 tahun bercerai anak pun dah darjah 5. saya tak demand. semua saya tanggung sendiri. cuma saya ckp kalau nak bagi lebih ke apa, terpulang tapi semua masuk savings account anak.

    pendek cite life is too short to argue pasal benda mcm ni. do our part je dah cukup.

    • Anonymous

      January 26, 2021 at 10:46 am

      rasanye dia takde pon ckp mcm dia berkira… sy baca ayat awak start nafkah anak 300 , 7 tahun cerai sy rsa lebih kurang je dgn cerita rita ni.. dia pon takde mintak lebih dia cuma balas kenyataan ex dia je..

    • Anonymous

      January 27, 2021 at 2:57 am

      rita berbunyik sebab belah sana mmg byr nafkah bulan2 lepastu claim kat LHDN sbb nak lepas cukai tu sikit sedangkan klu dikira2 Rita lg banyak tanggung anak dia so patutnya bagi jela Rita claim… tu je isunya sis..dia xcakap rm3k tu xcukup

  3. Anonymous

    January 25, 2021 at 2:34 pm

    Semoga rita dan anak2 dirahmati ALLAH…. Bersabarlh

  4. B

    January 25, 2021 at 10:42 am

    kalau aku pun aku marah kot sebab aku tak boleh claim cukai pendapatan untuk anak2 aku sebab ada pihak yang mengaku bapak mithali. annoying sial perangai aidil ni. ko gaji ribu2 kepuk2 pun nak claim pelepasan lagi ke?

  5. A

    January 25, 2021 at 12:36 am

    Satu nk tanya…dia dh jenguk anak belum?

    • Xxxx

      January 25, 2021 at 5:37 am

      X yah lah menyibuk hal org..biar je lah diaorg yg handle sendiri..

    • unknown

      January 25, 2021 at 11:29 am

      kan teringin juga nak tau.. ye lah kalau ayah dh meniggal lain ceritanya.. ni ayah sihat walafiat dengan family baru.. Mujur anak2 Rita private school.. Kalau government school mmg hari2 la jadik bahan.. Moga ALLAH bg kekuatan pada 2 beradik tuh..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top