Rita Rudaini Akui Terkejut Luahan Bekas Suami & Bertindak Cerita Semuanya

Hiburan

Rita Rudaini Akui Terkejut Luahan Bekas Suami & Bertindak Cerita Semuanya

Tadi kita dapat lihat respon Aidil Zafuan terhadap dakwaan yang mengatakan dia tidak memberikan nafkah kepada dua orang anaknya beserta bukti pembayaran, kali ini respon balas dari bekas isterinya Rita Rudaini pula.

4 years ago

"Dah Cukup Saya Berdiam Diri.." - Aidil Zafuan Nafi Abai Nafkah Anak, Ada Bukti Bayaran

Advertisement

Rita Rudaini dalam Instagram story miliknya itu menjelaskan yang dia tidak pernah cakap Aidil tak bayar nafkah kepada anak-anak mereka tetapi jumlah nafkah yang diberikan itu dilihat masih sama sejak anak umur 1 tahun hingga sekarang yang sudah besar.

Selama ni semua orang tahu keputusan nafkah untuk umur anak 1 dan 3 tahun, itulah duitnya pembelajaan susu dan pampers. Sekarang tahun berapa ya? Owh 2021 tapi amaun yang sama.

Dari dulu tiada duit untuk baju raya, tiada baju raya, tiada duit lain-lain, tiada duit taska, tiada duit sekolah, ke tak tahu anak dah sekolah mungkin. – Soal Rita.

Banyak perkara yang dibangkitkan Rita Rudaini termasuk mengingatkan bekas suaminya belum kena hukum Allah.

Bagaimanapun, Rita sempat mengucapkan rasa syukur kerana pada tahun 2013 telah menerima nafkah keperluan anak-anak sebanyak RM3,000 yang pada ketika itu berumur 1 dan 3 tahun. Tapi untuk taun 2021 Rita sekali lagi berteka-teki.

Rita yang mengakui terkejut membaca luahan bekas suaminya itu terpaksa bersuara walaupun selama ini banyak berdiam dan menguruskan semuanya sendiri.

Semoga masalah yang berlaku antara Rita Rudaini dan Aidil dapat diselesaikan dengan baik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...