August 18th, 2020

Mengakui dirinya dan anak-anak kini sedang giat belajar membaca Al-Quran secara atas talian dua kali seminggu bersama dengan Ustaz Haji Sazalie Nordin, pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan perkara itu merupakan sesuatu yang indah dalam hidupnya.

Rita Rudaini Akui Seronok Berlajar Al-Quran Bersama Anak-Anak Secara Online

Tidak malu mendedahkan perkara tersebut kepada umum, Rita tampil memuat naik kisah indah tersebut di salah sebuah posting di Instagram miliknya.

“Tengok Al-Quran pun ALLAH bagi pahala, apatah lagi kalau kita baca. Kami blajaq online 2x seminggu dgn Ustaz @hjzalie. Terima kasih banyak Ustaz.”

Katanya, beliau dikhabarkan mampu menzahirkan rasa syukur kerana dengan bantuan Ustaz Sazalie, beliau dan anak-anak dapat memperbaiki diri serta bacaan Al-Quran.

Rita Rudaini Akui Seronok Berlajar Al-Quran Bersama Anak-Anak Secara Online

“Yang boleh guide kita, yang boleh ubah diri kita dan rawat hati kita hanyalah AL-QURAN & SOLAT. Jahil macam mana pun kita, jahat macam mana pun kita, bacalah walau pun sebaris.

Beliau juga dilihat turut menyeru orang ramai khususnya para pengikut di laman berkenaan untuk segera melakukan kebaikan kerana perkara tersebut memberikan impak yang positif buat dirinya dan keluarga.

Rita Rudaini Akui Seronok Berlajar Al-Quran Bersama Anak-Anak Secara Online

“Solat lah walaupun terpaksa. Lama-lama kita akan rasa rugi untuk tinggal AL-QURAN & SOLAT. Ikhlas dari perjalanan hari-hari saya. Terima kasih ALLAH.”

Untuk rekod, Rita mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Aarit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan yang juga seorang pemain bola sepak tempatan.

 


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...