January 28th, 2015

Selalu kalau menyebut nama Aidil Zafuan, pastinya kita hanya terbayang perkara yang buruk-buruk sahaja tentang bekas suami Rita Rudaini itu. Namun di dalam perbicaraan semalam, Rita Rudaini telah membuat pengakuan yang bekas suaminya itu berjaya memasukkan wang sebagai nafkah anak-anaknya secara konsisten sepanjang tahun 2013. Ternyata bukti yang ditunjukkan oleh Aidil menerusi Instagram sebelum ini adalah benar.
aidil zafuan

Namun begitu, mengikut penjelasan Rita Rudaini, untuk tahun 2012, Aidil tidak konsisten memasukkan wang bernilai RM1,500 ke RM2,000 untuk digunakan oleh anak-anaknya. Senang cerita, kejap masuk kejap tak masukkan. Namun bermula tahun 2013, setiap bulan tanpa gagal Aidil telah memasukkan RM2,000 ke dalam akaun bank Rita Rudaini. Tahniah Aidil Zafuan!!!

Kepada anda yang ragu-ragu dan mempersoalkan sama ada Rita Rudaini menggunakan duit nafkah anak-anaknya itu untuk kegunaan sendiri, ini jawapan daripada Rita:-

Biarlah orang kata apa sekalipun, yang tahu perkara sebenar hanya saya, Aidil dan Allah S.W.T.. Saya minta duit daripada bekas suami bukan untuk diri saya, sebaliknya untuk anak-anak. Jangan risau kerana wang yang diberikan itu sebenarnya tidak cukup dan saya harus menambah wang saya sendiri untuk perbelanjaan mereka. Jika hidup di Perlis, RM3,000 itu sudah terlebih cukup tetapi saya tinggal di Kuala Lumpur, sudah tentu kos sara hidup amat tinggi.

rita rudaini aidil

Abang Nara yakin yang Aidil Zafuan akan menurut arahan mahkamah dan menunaikan tanggungjawabnya dengan memasukkan duit nafkah sebanyak RM3,000 sebulan kepada Rita Rudaini tanpa kelewatan. Kalau sebelum ini pun Aidil dah buktikan dia boleh melakukannya, tak ada alasan untuk Aidil gagal berbuat demikian. Sesungguhnya Abang Nara terharu kerana Aidil tidak melupakan tanggungjawab dari segi kewangan kepada anak-anaknya selama ini. Good job Aidil.


Comments are closed.

Loading...