Semua orang tahu betapa dalamnya kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil. Sekejap nak cerai, sekejap tak jadi cerai. Satu persatu cerita dikeluarkan di mahkamah. Dan baru-baru ini, hakim yang mengendalikan kes mereka menasihatkan agar Rita dan Aidil berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga kerana mereka adalah selebriti terkenal.
Kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad:-
Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga mereka. Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya. Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik
Betul juga kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad ini. Impak perbicaraan kes Rita dan Aidil bukan hanya pada diri mereka sahaja tetapi juga kepada peminat-peminat mereka. Abang Nara doakan agar kes mereka dapat diselesaikan secepat mungkin. Lagi bagus kalau dapat diselesaikan secara baik. Kalau dah tak boleh sangat, hanya penceraianlah jalan terakhir. Semoga jalan terakhir itu dapat dielakkan.
T-Shirt BeautifulNara kini boleh dibeli dengan harga RM29 termasuk kos penghantaran. Murah gila kan? Dapatkannya hari ini juga dengan menghantar email ke [email protected]. Siapa cepat dia dapat. Sangat-sangat terhad.