Risteena Munim Muat Naik Video Fitting Baju Kahwin, Dah Nak Tamatkan Zaman Bujang Ke?

Hiburan

Risteena Munim Muat Naik Video Fitting Baju Kahwin, Dah Nak Tamatkan Zaman Bujang Ke?

Umum mengetahui bahawa pelakon Risteena Munim nampak gayanya kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon lain iaitu Isa Khan. Walaupun, kedua-dua belah pihak lebih senang mendiamkan diri, ramai menebak bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Baru-baru ini, Risteena memuat naik satu video di mana dia telah ke butik pengantin untuk fitting baju. Sepertinya pelakon wanita itu sudah semakin hampir untuk menamatkan zaman bujangnya.

Advertisement

Dia juga menulis bait-bait kapsyen yang romantik pada entri tersebut yang ditujukan khas untuk kekasihnya.

 

View this post on Instagram

 

Done fitting. Counting days ? Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya. Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini. Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya. Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka. Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya. Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya. We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet! Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati. Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila. Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued…

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Walaubagaimanapun, wanita tersebut langsung tidak menyebut siapakah gerangan lelaki bertuah tersebut yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

Sebelum ini, Risteena telah menjalinkan hubungan cinta bersama ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin selama tujuh tahun sebelum hubungan itu putus di tengah jalan. Selepas episod duka tersebut, dia dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan pelakon lelaki, Isa Khan.

risteen munim bercinta dengan isa khan

Nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada wanita tersebut dan bakal suaminya. Kalau ada jodoh, berita itu pasti akan sampai juga kepada seluruh peminat.

Sumber: Gempak.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...