Risteena Munim Kongsi Bibit Cinta Dan Saat Isa Khan Memikatnya

Hiburan

Risteena Munim Kongsi Bibit Cinta Dan Saat Isa Khan Memikatnya

Kehangatan cinta pasangan Risteena Munim dan Isa Khan sedang hangat membara dan begitu terbuka berkongsi kisah cinta mereka dengan umum. Kata orang, bila hati sedang bahagia dan berbunga, setiap saat hanya fikirkan perkara yang indah sahaja.

risteena isa khan

Advertisement

Sering ditanya mengenai detik pertemuan dengan tunang tersayang, Risteena menerusi akaun Instagramnya berkongsi video yang menunjukkan siapa terlebih dahulu memulakan langkah untuk memikat. Dia juga mendedahkan perbualan bersama Isa yang cukup romantis.

Risteena pada masa yang sama memberikan bayangan dia akan berkongsi semua detik-detik bibit cinta mereka satu hari nanti.

Terdahulu, Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...