October 27th, 2020

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilanjutkan, pelakon Isa Khan dan tunangnya Risteena Munim khabarnya masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan majlis perkahwinan mereka atau tidak.

Menurut Isa, majlis tersebut sepatutnya berlangsung sekitar November ini.

“Memang plan asal sekitar bulan November tetapi sekarang PKPB jadi kita tak tahu sama ada boleh teruskan atau tidak. Kemungkinan besar kita kena tunda. Nak tunda ke tarikh baru tu belum pasti lagi.”

Memetik laporan Gempak, pasangan itu dikatakan merancang untuk melakukan majlis akad nikah dan hanya dihadiri tetamu terdekat sahaja.

“Sebenarnya memang plan kami untuk adakan majlis akad nikah saja tahun ini. Majlis resepsi mungkin awal tahun depan. Sebab kami nak buat gathering untuk keluarga, kawan dan rakan media tapi dalam kuantiti yang sikit. Tapi itu pun tidak dibenarkan.”

Bagaimanapun, segalanya masih belum menemui kata putus rentetan penularan wabak COVID-19 dilihat semakin meningkat di negara ini.

“Kami pun tak pasti lagi macam mana, nak kena tengok keadaan COVID-19. Belum pasti lagi sama ada nak tunda semuanya ke tahun hadapan atau tidak.”

Untuk rekod, Risteena telah selamat mengikat tali pertunangan dengan Isa pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia.

Sumber: Gempak 


3 responses to “Risteena Munim & Isa Khan Tunda Majlis Perkahwinan?”

  1. Anonymous says:

    Nikah boleh jee, ramai jee yg nikah time pkpb ni. ni mesti nk nikah pn grand2 kan, xnak yg simple2.

  2. tecit says:

    geli la tgk muke risteena ni. mcm muke makcik2 dulu2 teehehehe

  3. Yelahtu says:

    Nikah jela cepat2.. majlis kahwin x penting di saat covid ni pun kan, tahun depan belom tentu wujud, esuk pun belom pasti lagi muncul, jadi bende baik seperti nikah segera kan lah. Buatlah syaitan menagis cepat…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...