Risteena Gembira Isa Khan Hadiahkan Audi Berharga RM339,000

Hiburan

Risteena Gembira Isa Khan Hadiahkan Audi Berharga RM339,000

Akui tidak sangka menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah sempena ulangtahun perkenalan mereka baru-baru ini, pelakon Risteena zahir rasa gembira dan bangga melihat satu persatu kejayaan yang dicapai tunangnya, Isa Khan.

isa khan risteena kereta audi

Advertisement

Jelas Risteena, beliau langsung tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dirancang Isa malah akui tidak terlintas tunangnya akan menghadiahkannya sebuah kereta.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat melihat satu persatu kejayaan yang Isa capai sekarang.

Kata Risteena, dirinya amat beruntung memiliki pasangan serajin Isa yang tidak pernah henti berusaha untuk membahagiakannya dan mendapatakan apa yang dihajati.

“Saya beruntung ada pasangan seperti Isa yang selalu berusaha untuk membahagiakan saya. Pasangan lain ada cara mereka sendiri. Masing-masing punya cara.”

isa khan risteena kereta audi

Terdahulu, menerusi muat naik video di laman Instagram Isa, Risteena difahamkan menerima kereta mewah jenis Audi dengan plat pendaftaran khas dan stiker bercetak Isa X Ris. Lebih mengejutkan. Kereta mewah model tersebut juga dikhabarkan berharga sekitar RM339,000.

Untuk rekod, Risteena dan Isa melangsungkan hari pertunangan pada 23 November tahun lalu. Mengikut perancangan, pasangan ini dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...