Melihatkan adegan romantis di antara pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan, rata-rata netizen berharap agar mereka segera ke jinjang pelamin.
Mungkin berkat doa orang ramai, pelakon wanita itu sendiri mendedahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Isa Khan pada tahun ini dan mereka sudah pun dalam fasa perbincangan mengenai majlis bermakna tersebut.
Pun begitu disebabkan Malaysia masih lagi dibelenggu wabak COVID-19, pasangan merpati dua sejoli ini masih lagi dalam pertimbangan untuk melaksanakan majlis perkahwinan itu.
“Tarikh pun terpaksa difikirkan semula kerana pandemik ini. Apa pun kalau ada berita baik selepas ini kami akan kongsikan.”
Sudah pun bertunang sejak November lepas, Risteena berharap agar semua urusan mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Bahkan pelakon wanita ini juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh kenalan rapat dan juga peminat.
View this post on Instagram
Masih mood Raya ? Isa Khan saja rosakkan I nak fefeeling raya. Video feel raya tak jadi ????
Asyik menerima respons buruk dek entrinya di laman media sosial, Risteena menjelaskan bahawa dia langsung tidak terasa hati dengan komen yang ditinggalkan.
“Saya hanya kongsi apa sahaja yang dilalui setiap hari. Lagipun itukan laman sosial peribadi saya, berkongsi kisah sendiri sahaja bukannya saya bercakap buruk fasal orang lain.”
Diharakan agar pasangan ini dapat menunaikan hasrat untuk berumah tangga pada tahun ini.