Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak – “Cerai Bukan Perkara Main-Main”

Hiburan

Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak – “Cerai Bukan Perkara Main-Main”

Pelakon popular, Nur Risteena Munim tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya rumah tangga yang dibina bersama suaminya, Isa Khan, sedang berdepan pergolakan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Risteena, 33, menyangkal spekulasi yang mendakwa dirinya dan suami telah berpisah. Menurut pelakon itu, mereka memilih untuk tidak menjadikan media sosial sebagai tempat berkongsi masalah peribadi.

Advertisement

Saya dan suami ialah orang yang matang. Kami tidak pernah berkongsi masalah rumah tangga di media sosial dan tidak akan berbuat demikian sampai bila-bila.

Tambahnya lagi, segala hantaran yang dimuat naik di media sosial tidak ada kaitan dengan isu rumah tangga seperti yang diperkatakan oleh segelintir pihak.

Jadi, segala hantaran di media sosial langsung tidak ada kena-mengena dengan masalah rumah tangga.

Dalam masa sama, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu turut menegaskan bahawa isu perceraian bukan sesuatu yang boleh diperkatakan sewenang-wenangnya.

“Sudah Takdir, Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini” – Pelakon Isa Khan Tidak Lagi ‘Follow’ Instagram Risteena

Perkataan cerai bukan perkara main-main, jangan sewenang-wenangnya menulis atau menyebutnya sekiranya tiada perceraian atau pergolakan berlaku.

Mengulas lanjut mengenai hantaran suaminya yang mencetuskan tanda tanya warganet, Risteena menjelaskan bahawa perkara tersebut telah pun dibincangkan antara mereka.

Saya sudah bertanya kepada suami. Ayat tersebut hanyalah lirik lagu dan ‘quotes’ untuk kandungan di TikTok. Saya rasa tidak penting untuk menjelaskan kepada sesiapa.

Menurutnya, fokus utama mereka kini adalah menguruskan perniagaan dan tidak mahu melayan khabar angin yang tidak berasas.

Kami sibuk menguruskan perniagaan, jadi tidak perlu bertanya lagi. Elakkan fitnah dan bercakaplah perkara yang baik-baik sahaja.

Sebelum ini, Isa mencuri perhatian warganet apabila memuat naik hantaran berunsur refleksi diri di Instagram yang menyentuh soal cinta dan takdir kehidupan. Aktor berusia 32 tahun itu menyatakan bahawa cinta sesama manusia tidak kekal selamanya, sebaliknya hanya cinta kepada Yang Maha Esa bersifat abadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

risteena isa khan
2025-12-26 15:01:12

"Sudah Takdir, Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini" - Pelakon Isa Khan Tidak Lagi 'Follow' Instagram Risteena

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...