Setelah setahun mengikat tali pertunangan, pasangan romantis, Risteena Munim dan Isa Khan sebelum ini terpaksa menunda majlis perkahwinan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Difahamkan, mereka telah merancang untuk berkahwin pada 20 November 2020 iaitu sehari selepas ulang tahun kelahiran Risteena.
BACA: Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena Kerana Terpaksa Tunda Hari Perkahwinan
Terbaru, Risteena memuat naik video meluahkan rasa terharu melihat tunangnya sanggup tunggu berjam-jam di salun. Risteena berharap sikap ambil berat Isa Khan akan berkekalan walaupun selepas kahwin.
View this post on Instagram
AdvertisementCounting days to be your wife @theisakhan.
Sweetnya tunggu buat rambut for hours. Takde pergi mana-mana pun. Duduk diam je kat situ. Nanti lepas kahwin pun please macam ni okey!
Cuba teka date wedding ktorang. Kalau sapa betul, nak invite datang lah nanti! Cepat teka! Hehe
Hint – MARCH
Menerusi posting itu juga, Risteena memberi bayangan akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Mac. Namun, tarikh sebenar pernikahan masih dirahsiakan. Di ruangan kapsyen itu lagi, Risteena dipercayai sedang menghitung hari untuk menjadi isteri kepada Isa Khan.
SUMBER : Nur Risteena
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.2 Comments
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
jlcndfkl
March 1, 2021 at 6:42 pm
geletisnyaaa..
tecit
March 2, 2021 at 4:34 pm
kannnn. meluat aih. tgk la dah kawen nt die sanggup tunggu ke idokk. dgn nk bwk ank2 lg. tp korg kan retiss. apedehal maid kan ade nk jagekan ank2