Risteena ‘Back Up’ Ruhainies, Tunjuk Mesej WhatsApp Perbualan – “Siapa Kita Untuk Hukum Mereka”

Hiburan

Risteena ‘Back Up’ Ruhainies, Tunjuk Mesej WhatsApp Perbualan – “Siapa Kita Untuk Hukum Mereka”

Kakak kepada pelakon Ruhainies, aktres Risteena tampil bersuara dan mengemukakan bukti setelah adiknya itu bersama-sama Aliff Aziz mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kontroversi penangkapan khalwat pada Sabtu lalu.

Risteena berkongsi perbualan WhatsApp

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Risteena ada berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Ruhainies di aplikasi WhatsApp pada hari kejadian.

Advertisement

Dalam perbualan itu, Risteena bertanyakan adiknya mengenai pukul berapa Ruhainies tamat penggambaran dan soal bermalam di rumah.

Whatsapp risteenaSumber : Instagram  

Namun, disebabkan perlu menjalani penggambaran serta berdepan dengan kesesakan lalu lintas pada malam minggu membuatkan dia terlewat sampai ke rumah adiknya itu.

Dalam pada itu, Risteena menegaskan bahawa JAWI hadir ke lokasi kejadian pada jam 11 malam bukan 3 pagi seperti didakwa sesetengah pihak.

Percaya Risteena dan Aliff sudah sedar dengan khilaf

Risteena juga percaya bahawa Ruhainies dan Aliff telah pun sedar dengan kesilapan masing-masing dan memohon maaf.

Awal pagi Sabtu lalu, media melaporkan bahawa pasangan selebriti itu telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Susulan daripada itu, isteri Aliff Aziz, Bella Astillah telah memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam. Namun kelibat Aliff tidak kelihatan kerana difahamkan sedang menjalankan penggambaran drama siri Terjerat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Didi
9 months ago

"Kesian 3 Jam, Jam Tu Yang Kena Fitnah" - Didi Astillah Jawab Kenapa Muat Naik Video Bella Dan Ruhainies Di Live TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...