Risiko Wanita Yang Pernah Hidap “Pre-Eclampsia” Semasa Hamil Dan Cara Mencegah Penyakit Ini

Trending

Risiko Wanita Yang Pernah Hidap “Pre-Eclampsia” Semasa Hamil Dan Cara Mencegah Penyakit Ini

Hari ni selesailah saya bagi kuliah kepada pakar dan pegawai perubatan yang menghadiri kursus “National Heart Association Malaysia”.

Pesanan saya kepada mereka.

Advertisement

Kajian antarabangsa melibatkan 3 setengah juta wanita hamil telah menunjukkan, bila dibandingkan wanita yang pernah mendapat pre-eclampsia dengan wanita yang tidak pernah mendapat pre-eclampsia semasa kehamilan yang lepas.

Wanita yang pernah mendapat pre-eclampsia :

1) Mempunyai risiko hampir 4 kali ganda mendapat tekanan darah tinggi dalam masa 14 tahun selepas bersalin. Jika mendapat pre-eclampsia pada kali kedua, risiko ini naik 7 kali ganda.

2) Mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat penyakit jantung Ischaemic Heart Disease dalam masa 10 tahun selepas bersalin.

3) Mempunyai risiko hampir 2 kali ganda mendapat strok dalam masa 10 tahun selepas bersalin.

4) Mempunyai risiko hampir 2 kali ganda mendapat darah beku venous thromboembolism.

Risiko mendapat penyakit jantung ini ialah sama seperti orang yang merokok walaupun tidak pernah merokok.

Cara-cara mencegah penyakit bagi wanita ini ialah :

A) Amalkan gaya hidup sihat dan cergas selalu supaya berat badan sihat dan tak berlebihan.

B) Bersenam dengan kerap 20-30 minit setiap sehari atau 150 minit seminggu.

C) Kurangkan garam, pengawet dan gula dalam pemakanan. Cegah penyakit kencing manis dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula.

D) Jangan merokok

E) Jumpa doktor setiap tahun untuk memantau tekanan darah. Jika tekanan darah menjadi tinggi, sangat penting merawatnya dan tidak dibiarkan.

Semoga ibu-ibu kita sentiasa sihat. Insyalah.

Bila kita ada ilmu kita boleh berusaha. Doakan lah yang terbaik untuk mereka.

Tambah satu lagi. Mereka yang ada risiko penyakit jantung, tambahkan makanan yang mengandungi khasiat Omega 3.

Kredit : Prof Dr Imelda Balchin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...