Risiko Jangkitan Coronavirus Sebenarnya Pada Tahap Bahaya, WHO Akui Buat Kesilapan Semasa Penilaian

Trending

Risiko Jangkitan Coronavirus Sebenarnya Pada Tahap Bahaya, WHO Akui Buat Kesilapan Semasa Penilaian

Sebelum ini, World Health Organization (WHO) pernah dikritik dengan cara pengendalian wabak di dunia. Baru-baru ini, mereka mengaku berlakunya kesilapan dalam penilaian wabak coronavirus di China.

Agensi Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Geneva membetulkan semula kenyataan risiko jangkitan sebenarnya berada pada tahap sangat tinggi di China, tinggi di peringkat serantau dan global. Pada laporan sebelum ini, WHO telah melaporkan risiko jangkitan pada peringkat global adalah ‘sederhana’ iaitu tidak tepat.

Advertisement

Walaubagaimanapun, pembetulan ini tidak bermakna pengisytiharan darurat antarabangsa diumumkan. Pada Khamis lalu, WHO menghentikan pengumuman coronavirus sebagai darurat kesihatan kerana bimbang dengan komuniti antarabangsa.

Kunjungan ke China

WHO

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dilaporkan akan berkunjung ke China untuk berbincang mengenai langkah seterusnya dalam menangani penularan wabak ini. Sebelum ini, beberapa soalan telah diajukan kepada beliau tentang pendiriannya untuk tidak mengisytiharkan darurat antarabangsa.

“Ini adalah kecemasan di China tetapi ia belum menjadi kecemasan kesihatan global”

Berdasarkan kes terdahulu, WHO pernah menerima beberapa kritikan antaranya semasa pengendalian wabak H1N1 pada tahun 2009. Pada waktu itu, WHO telah mencetuskan panik dalam kalangan komuniti apabila mengumumkan wabak itu telah mencapai tahap pandemik. Yang mana pada akhirnya, virus tersebut tidaklah sebahaya yang diumumkan.

Artikel berkaitan: Tiga Wabak penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah Dunia Berpunca Dari Haiwan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...