Risiko Buatan China, Telefon Bimbit Ini Meletup Ketika Jawab Panggilan

Trending

Risiko Buatan China, Telefon Bimbit Ini Meletup Ketika Jawab Panggilan

Screen Shot 2016-04-24 at 10.20.18 AMSeorang tekong bot nelayan melecur di beberapa bahagian badan termasuk di bahagian mukanya apabila telefon bimbit buatan China miliknya yang seang dicas meletup di rumahnya di rumhanya di Kampung Titi Serong, Jalan Dulang di sini.
Menurut mangsa, Muhammad Syawal Md. Isa, 28, memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika dia bersiap untuk turun ke laut.

Sebaik sahaja mendengar de­ringan, saya lantas mengambil tele­fon dan menjawab panggilan itu. “Ketika telefon baru diletakkan di telinga, tiba-tiba ia terus mele­tup,” katanya sebagaimana lapor Mingguan Malaysia.

Advertisement

Beliau juga memberitahu bahawa keadaan itu menyebabkan dia pengsan dan dibawa ke hospital dalam keadaan berlumuran darah akibat kejadian.

Difahamkan telefon bimbit buatan China itu dibelinya kira-kira setahun yang lalu.

Mangsa pada mulanya telah dibawa ke Hospital Yan tetapi dipindahkan ke Hospital Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Syawal, dia rasa bersyukur panggilan itu tidak dijawab oleh dua anaknya yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun kerana kebiasaannya mereka yang menjawab telefon.

Sebelum ini saya terbaca me­ngenai kes renjatan elektrik yang berlaku akibat daripada telefon bimbit. Tidak sangka pula perkara hampir sama berlaku kali ini,” katanya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam satu kenyataan berkata mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi terdapat di bahagian kanan muka, dada serta tangan kanan.

Selain itu beliau juga berkata kornea mata kanan Syawal mengalami luka dan terdapat serpihan bendasing di dalamnya

Selain itu, berlaku pendarahan pada telinga kanan mangsa dengan kesan gegendang telinga yang berlubang iaitu pecah dipercayai akibat kesan letupan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...