Rise Ini Kalilah: Filem Politik Atau Semangat Baru Malaysia?

Trending

Rise Ini Kalilah: Filem Politik Atau Semangat Baru Malaysia?

Pilihan Raya Umum ke 14 yang berlaku tahun ini memang menyaksikan pelbagai rentetan dan sejarah yang baru dan menarik. Menyaksikan penyatuan seluruh rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan menjalankan tanggungjawab mereka.

Advertisement

Oleh itu, satu filem arahan Fred Chong, telah nekad untuk memfilemkan sejarah yang tercipta pada tarikh keramat 9 Mei. Rise Ini Kalilah  telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula Khamis lalu.

Pilihan pelakon

Remy Ishak Sebagai Pegawai Polis Dalam Cerita Ini

Dari segi pemilihan pelakon, pujian harus diberi kepada pihak pengarah dan produksi kerana menampilkan barisan pelakon yang popular dan boleh dikatakan hebat dari segi lakonan. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Remy Ishak, Mira Filzah, dan Sangeeta Krishnasamy. Selain itu, cameo yang ditampilkan seperti Datuk Jalaluddin Hassan, boleh menjadi salah satu point tambahan untuk filem ini.

Sinopsis

Mengisahkan mengenai 6 cerita individu yang saling berkait, ia merakamkan suasana penuh ketegangan waktu akhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum yang terpenting dalam sejarah Malaysia. Setiap cerita akan menyingkapkan kesedaran dan nilai murni rakyat Malaysia. Tiba pada 9 Mei 2018, hari mengundi, keenam enam watak ini akan bertembung bersama seterusnya meninggalkan satu sejarah baru buat negara Malaysia

Jalan cerita

Cerita ini belatar belakangkan senario-senario untuk menghadapi pilihan raya umum dan dibahagikan kepada beberapa watak dan segmen yang berbeza. Jalan cerita ini juga tidak fokus kepada satu watak utama tetapi dipecahkan kepada beberapa watak dan jalan cerita yang berbeza. Masing-masing ada konflik dan kepentingan tersendiri dalam menjalani kehidupan mereka.

Setiap watak itu memang berkaitan dengan perkara utama cerita ini, iaitu pilihan raya itu sendiri. Mungkin anggapan umum akan menganggap cerita ini menceritakan ragam, perjalanan dan situasi menghadapi pilihan raya.

Tetapi dipertengahan filem ini, terdapat beberapa isu yang nampak seperti berat sebelah kepada kerajaan terkini dan ada juga beberapa footage sebenar ucapan Perdana Menteri, sebelum dan selepas pilihan raya tanpa ada apa-apa suntingan dibuat.

Jalan cerita yang tidak menyentuh secara mendalam untuk watak-watak utama juga menjadi satu kekurangan. Tetapi konklusi jalan cerita untuk beberapa watak utama agak bagus kerana akhirnya penonton boleh memahami konflik yang dipaparkan pada awal cerita berkenaan. Walaupun begitu, ada unsur rasuah dalam filem ini tidak diceritakan dengan baik penyelesaiannya.

Konklusinya, filem ini tidaklah begitu hambar, barisan pelakon yang bagus, jalan cerita berdasarkan situasi sebenar dan garapan yang menarik. Mungkin jika filem ini diberi masa yang lebih panjang dari segi pengambaran dan bajet yang lebih besar, ia akan menjadi lebih baik. Pada kami tak perlu terburu-buru untuk tayangkan filem ini, banyak lagi faktor yang boleh ditambah baik dan promosi yang lebih kuat mungkin boleh menjadikan filem ini lebih meletop. Paling penting semangat cinta dan sayang setiap warganegara Malaysia kepada negara yang ditonjolkan  menjadi bonus dan tunggak utama dalam cerita ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...