Percaya ataupun tidak, duduk dekat rumah pun korang berkemungkinan akan mengalami masalah kesihatan seperti masalah pernafasan dan penyakit kardiovaskular tau.
‘Eh, tapi macam mana? Kan dah kemas rumah?’
Walaupun hari-hari kemas rumah sampai tak ada habuk langsung, tapi kualiti udara dalam rumah tak dijaga dengan betul, tak ada guna juga.
Korang tahu tak, penjagaan kualiti udara dalam rumah itu sangat penting, lagi-lagi kalau korang ada alahan atau bela haiwan peliharaan?
Zarah Halus & Bahan Pencemar Punca Kualiti Udara dalam Rumah Terjejas
Kalau korang nak tahu, kualiti udara di dalam rumah boleh jadi tak bersih berpunca daripada bahan-bahan pencemar seperti:
– bahan kimia
– mikroorganimsa (kulat dan bakteria)
– gas (radon, karbon monoksida daripada aktiviti memasak dan pemanasan)
– habuk
– pencemaran luaran seperti kebakaran hutan
Bahan-bahan pencemar ini, termasuklah zarah halus, boleh mencetuskan masalah kesihatan tau. Walaupun korang dah kemas rumah, ia belum tentu dapat memastikan udara persekitaran bersih.
Jadi, apa solusi untuk dapatkan kualiti udara yang lebih bersih?
Radikal Hidroksil Bantu Bendung Masalah Kualiti Udara Terjejas
Kalau korang inginkan kualiti udara rumah yang sentiasa segar, hidroksil radikal dapat membantu dengan bertindak membersihkan udara dengan memecahkan dan meneutralkan bahan pencemar bawaan udara, bau, dan mikroorganisma bahaya. Tapi, mana nak cari?
Haa, jangan risau sebab Panasonic hadir dengan pelbagai pilihan penyaman udara yang mengandungi radikal hidroksil yang dapat memastikan kualiti udara dalam rumah sentiasa bersih tau!
Produk buatan Jepun yang terkenal dengan teknologi mesra alam sekitar ini hadir dengan teknologi nanoe™X, sebuah teknologi menggunakan radikal hidroksil yang dapat memberikan perlindungan 24 jam pada ruang udara rumah.
Paling penting, teknologi nanoe™X dengan Generator Mark 3 mengandungi 100 kali ganda lebih banyak radikal hidroksil, membantu menghapuskan bahan pencemar bawaan udara dan menyahbau, memastikan kualiti udara rumah sentiasa bersih dan kekal terjaga.
Nak tahu lebih lanjut tentang teknologi nanoe™X daripada Panasonic dan apakah antara model penyaman udara yang boleh didapati, klik DI SINI.
Nikmati Subsidi Elektrik Selama Setahun Dengan Panasonic
Alang-alang korang memang berniat untuk dapatkan penyaman udara Panasonic, tahu tak korang berpeluang untuk menikmati subsidi elektrik selama setahun? Seriuslah?
Menerusi kempen Sejuk Giler Tanpa Risau Bil Elektrik, terdapat pelbagai hadiah lumayan khas untuk korang antaranya:
Hadiah Utama: subsidi elektrik selama setahun berjumlah RM10,000 (4 orang pemenang)
Hadiah Bulanan:
– 50-inch Smart TV Full Array LED, 4K HDR TH-50MX940K bernilai RM5,389 (2 orang pemenang)
– Stick Vacuum Cleaner MC-KC1W bernilai RM1,999 (3 orang pemenang)
– nanocare Hair Dryer EH-NAOJ-H655 bernilai RM1,399 (3 orang pemenang)
– IH Rice Cooker SR-HFT153WSK bernilai RM799 (4 orang pemenang)
– Air Purifier F-PXJ30AHM bernilai RM669 (4 orang pemenang)
– Kredit TNG eWallet bernilai RM300 (3 orang pemenang)
– Kredit TNG eWallet bernilai RM200 (5 orang pemenang)
Wow! Banyaknya hadiah menarik! Tapi, bukan itu saja tau, korang juga berpeluang untuk menikmati rebat TNG eWallet dengan pembelian model Panasonic terpilih seperti berikut:
Jadi, kalau korang tak nak melepaskan peluang untuk menikmati hadiah-hadiah menarik ini, pastikan korang sertai kempen Sejuk Giler Tanpa Risau Bil Elektrik dengan mengikuti langkah mudah di bawah:
Langkah 1: beli penyaman udara Panasonic terpilih* dalam satu resit
Langkah 2: muat naik gambar resit dan isikan ruangan yang diperlukan di SINI
Langkah 3: simpan resit asal untuk pengesahan
Langkah 4: dapat rebat kredit TnG eWallet dalam tempoh 50 hari bekerja*
Langkha 5: setiap penyertaan layak untuk memenangi hadiah secara bulanan serta hadiah utama pada hujung kempen. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Panasonic Malaysia
Mudahkan? Tunggu apa lagi, jom sertai kempen Sejuk Giler Tanpa Risau Bil Elektrik sekarang!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Panasonic Malaysia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
*penebusan PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet dan peraduan subsidi elektrik terhad kepada yang terawal. Tertakluk pada terma dan syarat.