Risau Tak Sempat Tutup Aurat Dengan Sempurna, Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Ketika Mula Berhijab

Hiburan

Risau Tak Sempat Tutup Aurat Dengan Sempurna, Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Ketika Mula Berhijab

Penyanyi Ernie Zakri yang kini sudah berhijrah sepenuhnya dengan memakai tudung mengakui situasi semasa yang dialami kini banyak memberi kesedaran dan menyuntik semangat buatnya untuk terus istiqomah dalam bertudung sejak Mac lalu.

Meskipun sudah memasang niat untuk bertudung sejak tahun lalu, namun faktor kerjaya sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya.

Advertisement

“Dari last year saya ambil keputusan untuk berhijab. Cuma pada masa itu agak teragak-agak sikitlah. Banyak memikirkan tentang kerja-kerja semua. Pada tahun ini dalam keadaan kita semua tengah susah, masa PKP hari itu, tiba-tiba tersedar timbul perasaan takut, ‘What if kalau tak sempat?’ Niat itu sudah ada dari tahun lepas. cuma saya sendiri tak terbuka hari atau betul-betul fokus nak pergi ke jalan yang baik tu”

Ernie dalam pada itu tidak memikirkan soal rezeki selepas berhijab kerana merasakan masyarakat kini boleh menerima dan terbuka dalam menerima artis yang berhijab.

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri on

Mengambil inspirasi daripada artis-artis wanita berhijab seperti Neelofa dan Mira Filzah, Ernie turut mengakui bukan mudah untuk melalui hari-hari selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Mana tidaknya, ada juga sesetengah netizen yang skeptikal dan menganggap penghijrahannya itu hanyalah bersifat sementara. Namun, Ernie mengambil ianya sebagai perkara yang positif dan berazam untuk menjadi lebih baik dan tidak mahu ‘melayan’ perkara yang menyedihkan seperti kritikan netizen yang negatif.

View this post on Instagram

With my plus one ? #EmirAmirah ? : @_aminkhairi

A post shared by @ erniezakri on

View this post on Instagram

One with Bang Mel. #MegaRayaRia ?

A post shared by @ erniezakri on

Selepas berhijab, Ernie dan juga rakan duo-nya, Syamel telah mengesahkan mereka selamat bertunang pada Ogos lalu dan bakal mendirikan rumah tangga namun masih tiada tarikh diumumkan oleh pasangan ini.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...